Harian Metro

Dah lama idam kereta mewah

-

Kuala Lumpur: Pada usianya 26 tahun, dia sudah mampu memiliki kereta BMW 3 Series M-Sport hasil titik peluh sebagai penyanyi. Itu kehebatan Mila Jirin yang memecahkan tradisi Akademi Fantasia (AF) apabila menjadi peserta wanita pertama menjadi juara pada musim kelima.

Mila berkata, impian memiliki kereta mewah sudah lama dipendam kerana mahukan keselesaan terutama ketika berada dalam kereta selain pemanduan.

“Namun, kereta mewah bukanlah boleh dimiliki semua orang. Bukan saja kerana harganya, tetapi juga unit dikeluarka­n adalah terhad.

“Saya memiliki kereta mewah lebih kepada kepuasan diri yang ingin merasai pengalaman memandu kereta kelas mewah,” katanya yang juga mempunyai Mercedes Benz C Class dan kenderaan pelbagai guna Toyota Vellfire.

Kata Mila, apabila dia mempunyai kereta mewah, itu bermaksud dia ada sifat daya saing dan mahu bergerak maju.

“Bagaimanap­un, ia bukanlah hobi buat saya. Mungkin bagi lelaki ramai antara mereka yang ingin mengumpul kereta mewah,” katanya yang berminat pada Range Rover Svautobiog­raphy.

Tidak seperti orang lain, pelakon dan pengacara Zoey Rahman, 33, pula dia hanya berpuas hati apabila memiliki kereta berharga sederhana seperti Suzuki Swift, Toyota Vios dan Kia Sportage. “Saya memang ada keinginan tetapi masih tidak berkemampu­an kerana rezeki belum ada. Saya perlu bekerja keras jika ingin memilikiny­a.

“Saya tidak mahu orang melihat saya sebagai riak jika ada memiliki kereta mewah kerana saya ingin menyimpan harta atas usaha sendiri,” katanya yang meminati kenderaan utiliti sukan Hummer dan Range Rover.

 ??  ?? JANNA Nick
JANNA Nick
 ??  ?? MILA
MILA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia