Harian Metro

Warga emas naik hantu gilis menantu

-

Miri: Hanya disebabkan perselisih­an faham, seorang lelaki warga emas yang memandu kereta Proton Saga tergamak merempuh dan menggilis menantu perempuann­ya berhampira­n Poliklinik Miri, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, suspek berusia 78 tahun bertindak mengundurk­an kereta dipandunya sebelum menggilis mangsa dengan sengaja.

Berikutan kejadian itu, mangsa yang berusia 42 tahun parah di bahagian kepala dan badan sebelum dikejarkan ke Hospital Miri untuk mendapatka­n rawatan.

Difahamkan, suspek tidak menyukai menantu perempuann­ya itu sejak mangsa mendirikan rumah tangga dengan anak lelakinya.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, siasatan awal mendapati mangsa ditemani bapa mentuanya itu ke klinik berkenaan untuk membawa anak perempuann­ya yang mengalami gastrik.

Katanya, setibanya di klinik itu, wanita terbabit meminta suspek pulang bersama anak lelakinya berusia 16 tahun manakala mangsa membawa anak perempuann­ya berusia 10 tahun mendapatka­n rawatan.

“Bagaimanap­un, suspek bertindak melulu mengundurk­an kereta dipandunya ketika mangsa berada di belakang kenderaan berkenaan dan dengan sengaja melanggar mangsa sehingga terjatuh.

“Suspek kemudian menggilis mangsa sehingga mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan badannya,” katanya.

Katanya, anak lelaki mangsa berada dalam kereta cuba menghalang perbuatan datuknya itu, namun tidak diendahkan suspek yang terus menggilis wanita terbabit.

“Suspek sudah ditahan polis di rumahnya selepas menerima laporan mengenai insiden berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana kesalahan cubaan membunuh. Punca kejadian dipercayai akibat masalah peribadi keluarga itu,” katanya.

 ??  ?? KERETA yang digunakan suspek untuk melanggar mangsa.
KERETA yang digunakan suspek untuk melanggar mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia