Harian Metro

Tinju hari pertama

-

 Warga emas hampir hilang pendengara­n dipukul majikan

dua meter di kediaman berkenaan sebelum meminta pertolonga­n orang ramai.

Menceritak­an nasib malang yang menimpanya, Siti Hajar berkata, seorang saudaranya menawarkan pekerjaan sebagai pembantu rumah dengan gaji RM900 sebulan sebelum dia bersetuju dengan tawaran berkenaan.

“Pada awalnya saya berjumpa majikan iaitu seorang lelaki berusia 50-an dan pertemuan itu tidak menggambar­kan dia seorang panas baran atau kaki pukul.

“Namun pada hari pertama saya bekerja, dia ‘menghadiah­kan’ tumbukan di muka hanya kerana tidak berpuas hati dengan beberapa perkara termasuk dituduh mencuri makanan,” katanya.

Siti Hajar yang membujang berkata, setiap hari kehidupann­ya bagaikan neraka di kediaman berkenaan apabila dipukul dan dibelasah menggunaka­n kayu serta rotan hingga menyebabka­n badannya lebam dan luka.

“Majikan yang juga pemilik bengkel akan ‘naik hantu’ apabila anaknya mengadu saya ada buat salah atau dituduh mencuri wang dan tanpa usul periksa, saya dipukul tanpa belas ihsan.

“Selain itu, majikan juga mengambil telefon bimbit, kad pengenalan dan kad bank kononnya bagi mengelak saya melarikan diri atau menghubung­i ahli keluarga untuk mengadu perkara berkenaan,” katanya.

Dia berkata, kemuncak kepada penderitaa­nnya apabila dia dibelasah dan diugut menggunaka­n senjata tajam pada 4 April lalu apabila sekali lagi dituduh mencuri wang anak majikannya.

“Saya nekad memanjat tembok pagar setinggi dua meter walaupun menanggung kesakitan dan sehelai sepinggang sebelum meminta pertolonga­n daripada orang ramai lalu dibawa ke Balai Polis Setapak untuk tindakan lanjut.

“Saya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan dimasukkan ke wad selama seminggu sebelum kakitangan sebuah pusat kebajikan di bandar raya ini mengambil saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superinten­dan Mohamad Roy Suhaimi Sarif ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan terbabit dan siasatan lanjut dijalankan.

 ?? Siti Hajar Mohd Yatim ?? SITI Hajar menunjukka­n salinan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Setapak. Pada hari pertama saya bekerja, dia ‘menghadiah­kan’ tumbukan di muka hanya kerana tidak berpuas hati dengan beberapa perkara termasuk dituduh mencuri makanan”
Siti Hajar Mohd Yatim SITI Hajar menunjukka­n salinan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Setapak. Pada hari pertama saya bekerja, dia ‘menghadiah­kan’ tumbukan di muka hanya kerana tidak berpuas hati dengan beberapa perkara termasuk dituduh mencuri makanan”
 ??  ?? WAJAH Siti Hajar lebam akibat dipukul.
WAJAH Siti Hajar lebam akibat dipukul.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia