Harian Metro

Roti, kopi bekalan terakhir untuk suami

-

Kuala Terengganu: Roti dan kopi menjadi bekalan terakhir yang sempat disediakan isterinya untuk Azlim Mohd Noor, 42, sebelum nelayan itu ditemui lemas dekat muara Sungai Merchang di Marang, semalam.

Isteri arwah, Rosdiana Mohamad, 42, berkata, dia menyediaka­n bekalan itu untuk suaminya mengalas perut di laut tetapi tidak menyangka ia makanan terakhir yang dapat disediakan untuknya.

Menurutnya, Azlim juga sebelum ini tidak pernah menunjukka­n sebarang perlakuan atau perubahan pelik.

“Arwah keluar ke laut seperti biasa kerana dia nelayan sepenuh masa dan sebelum keluar semalam (kelmarin), dia memberitah­u mahu mencandat sotong.

“Seperti biasa saya akan sediakan bekalan untuk dia ketika di laut dan tidak sangka ia adalah kali terakhir saya berbakti untuknya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam.

Rosdiana berkata, dia juga tidak mengesyaki apa-apa walaupun arwah suaminya sudah enam bulan tidak mencandat sotong sebaliknya hanya memukat ikan.

Katanya, dia agak terkejut apabila menerima berita kejadian menimpa arwah kira-kira jam 8 pagi selepas dihubungi bapanya.

“Bapa telefon maklumkan kejadian malang menimpa suami. Saya kemudian meminta bantuan orang kampung untuk menghantar saya ke klinik kesihatan sebelum doktor beritahu suami sudah tiada (meninggal dunia).

“Sempat saya tatap wajahnya selama 20 minit sebelum dibawa ke HSNZ untuk dibedah siasat,” katanya yang mengenali suaminya sejak mereka bersekolah rendah dan kehilangan arwah memberi kesan kepadanya.

 ??  ?? Rosdiana
Rosdiana

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia