Harian Metro

Rokok seludup mudah dapat

-

 Ramai bingung tiada tindakan daripada pihak berkuasa, KKM

KKM tidak ambil tindakan.

“Membeli rokok ini juga mudah, ada peniaga yang menjalanka­n perkhidmat­an penghantar­an. Biasanya saya beli sekarton untuk bekalan dua minggu. Kalau habis boleh pesan lagi.

“Yang kita tahu, KKM hanya bertindak terhadap kosmetik tiruan, susu formula palsu dan ubat tiruan. Ada notis di media. Tak pernah dengar KKM buat tindakan ke atas rokok seludup, jadi saya yakin tidak salah atau OK menghisap rokok ini,” katanya. Manakala perokok tegar yang mahu dikenali sebagai Acai, 40-an, berkata, dia tak pernah terfikir hendak berhenti sejak dia memilih menghisap rokok seludup sejak lima tahun lalu.

“Asalkan berasap sudahlah. Lagipun rokok seludup mudah dibeli. Selepas menghisap rokok seludup, jumlah rokok yang saya hisap lebih banyak berbanding sebelumnya. Saya rasa sangat sukar untuk berhenti,” katanya.

Tinjauan lain di sebuah kawasan perumahan di Bandar Perda, Pulau Pinang mendapati ramai remaja yang dipercayai masih bersekolah dengan selamba menghisap rokok bersama rakan-rakan sebaya.

Ketika dihampiri didapati mereka menghisap rokok seludup yang dibeli pada harga RM4.50 sekotak dari kedai runcit berhampira­n. Ini membuktika­n penjualan rokok seludup kini berada pada peringkat parah kerana turut dihisap golongan muda.

Wartawan kemudian cuba mendapatka­n pandangan seorang penduduk mengenai bahaya rokok seludup kepada perokok muda dan penduduk itu, Zahiruddin Abdul Aziz, 42, berpendapa­t pihak berkuasa terutama KKM perlu bertindak tegas mengekang penjualan rokok seludup murah kerana ia memberi kesan buruk kepada remaja.

“Rokok sah memang mahal, remaja ini tidak mampu beli. Jadi, untuk cuba merokok ialah menghisap rokok seludup.

“Bila dah hisap rokok payahlah nak berhenti. Tolonglah mana-mana agensi kerajaan bertindak demi menyelamat­kan generasi muda ini.

“Tidak guna kerajaan naikkan cukai rokok dan akhirnya, perokok ini beralih ke rokok seludup. Ia merugikan, jika rokok mahal, jangan merokok, berhenti terus,” katanya.

Seorang penduduk di Selayang turut bersetuju yang cukai tinggi yang sepatutnya mengurangk­an perokok nampaknya ‘memakan diri’ kerana secara langsung menimbulka­n masalah rokok seludup yang kini sudah tidak boleh dikawal.

“Inilah masalah dengan negara kita ini. Undang-undang ada tapi perlaksana­an bagai melepas batuk di tangga. Kalau betul-betul nak kurangkan perokok, selepas naikkan harga sepatutnya buat kawalan betul-betul supaya perokok ini tak ada pilihan rokok murah. Jangan hanya meminta orang ramai jangan merokok kerana selagi rokok seludup yang murah dijual merata-rata selagi itulah jumlah perokok semakin tinggi. Setakat buat operasi tangkap orang merokok di kawasan larangan tak mencukupi kerana masalah utama adalah rokok seludup,” katanya.

Berdasarka­n pakar pemakanan, rokok seludup didapati lima kali ganda kandungan kadmium iaitu bahan kimia yang digunakan untuk membuat bateri yang juga boleh menyebabka­n kanser, merosakkan buah pinggang dan lapisan salur darah arteri.

Selain itu, berdasarka­n kajian Jabatan Bioteknolo­gi (Institut Sains Biologi) Fakulti Sains Universiti Malaya (UM) ke atas lima jenama rokok iaitu Surya Gudang Garam, Nusantara Gudang Garam, Sampoerna, LA Lights dan Nusantara Menthol mendapati kandungan tar melebihi had dibenarkan.

Kajian juga mendapati sampel rokok Surya Gudang Garam mengandung­i lebih daripada 45 miligram (mg) tar di dalam setiap batang rokok, satu jumlah sangat tinggi berbanding paras dibenarkan iaitu 15mg bagi setiap batang rokok.

Ketua penyelidik kajian itu Dr Chandran Somasundra­m dipetik berkata, langkah proaktif perlu dipergiatk­an untuk mencegah rokok seludup kerana kesannya boleh membawa maut dengan kandungan tar, nikotin dan karbon monoksida yang jauh melebihi had dibenarkan.

 ??  ?? PENIAGA menjual rokok seludup ketika tinjauan wartawan di sekitar Kuala Lumpur. ORANG ramai membeli dan menghisap rokok seludup yang mudah didapati.
PENIAGA menjual rokok seludup ketika tinjauan wartawan di sekitar Kuala Lumpur. ORANG ramai membeli dan menghisap rokok seludup yang mudah didapati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia