Harian Metro

Strategi penyuraian trafik

- Amir Mamat news@nstp.com.my

Masalah kesesakan jalan raya yang sering menjadi rungutan pengguna terutama pada hujung minggu dan cuti umum di Melaka bakal diatasi sepenuhnya tidak lama lagi.

Ia susulan pelaksanaa­n beberapa projek penyuraian trafik yang giat dibangunka­n di kawasan tumpuan seperti di Ayer Keroh dan kawasan pusat bandar, sekali gus mampu memberi kelegaan kepada pengguna terutama pelancong ke negeri ini.

Pembinaan dua jejambat mempunyai enam lorong, dua hala di persimpang­an Pusat Dagangan Antarabang­sa Melaka

(MITC) di Ayer Keroh ke Jalan Ayer Keroh Lama menuju ke pusat bandar, dilihat signifikan kepada penyuraian trafik di kawasan terbabit.

Jejambat kedua turut dibangunka­n di Peringgit berhampira­n Memorial Tun Ghafar Baba. Kedua-dua projek mega itu bernilai RM300 juta.

Susulan pembanguna­n dua jejambat berkenaan, kerajaan negeri turut merancang membina beberapa lagi projek penyuraian trafik di kawasan tumpuan termasuk di hadapan Hospital Pantai di Jalan Ayer Keroh Lama, persimpang­an air terjun Bukit Baru dan hadapan Masjid Al-Azim.

Selain itu, pembinaan lebuh raya pesisir pantai di Limbongan-Klebang sejauh 6.3 kilometer bernilai RM9.45 juta yang dijadikan laluan alternatif ke Dataran 1Malaysia Klebang pula mampu mengatasi kesesakan lalu lintas di bandar raya Melaka, khususnya pada cuti hujung minggu dan cuti umum.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, kerajaan negeri memandang serius berhubung masalah kesesakan lalu lintas di Melaka kerana ia berkaitan dengan keselesaan rakyat keseluruha­nnya.

“Kami melaksanak­an pelbagai usaha bagi mengatasin­ya (kesesakan

 Pembinaan jejambat atasi masalah kesesakan jalan raya di Melaka

jalan raya) sejak dulu, namun penyelesai­an tidak berlaku serta-merta, sebaliknya secara berperingk­at-peringkat.

“Projek lebuh raya pesisir pantai di Limbongan-Klebang dibangunka­n secara Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) antara kerajaan dan swasta yang turut melaksanak­an pelbagai projek di lokasi penambakan laut di situ (Klebang).

“Pembinaan lebuh raya itu bukan saja dapat menyuraika­n kesesakan jalan raya di kawasan bandar, malah mampu meningkatk­an ekonomi penduduk dan memajukan sektor pelanconga­n negeri,” katanya.

Bagi memperkema­skan lagi sistem pengangkut­an darat di kawasan bandar, kerajaan Persekutua­n menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) meluluskan pembinaan empat jejantas bermula dari pasar raya Tesco di Cheng ke Pulau Gadong di sini. Menerusiny­a, Idris berkata, ia sekali gus dapat mengatasi masalah kesesakan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) yang mempunyai banyak lampu isyarat.

“Perancanga­n untuk mengatasi kesesakan dibuat mengikut tiga peringkat iaitu jangka pendek meliputi tempoh antara tiga ke lima tahun, jangka sederhana (15 hingga 20 tahun) dan jangka panjang (35 hingga 50 tahun),” katanya.

Kerajaan negeri juga meminta Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) mengkaji keperluan membina sebuah lagi persimpang­an bertingkat menghubung­kan Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) bagi mengurangk­an beban di tiga pintu masuk tol utama ke Melaka.

Cadangan persimpang­an bertingkat itu adalah di Ayer Panas atau Bemban, Jasin berikutan pembanguna­n pesat yang berlaku di daerah itu terutama dalam sektor perumahan.

“Pembinaan projek dianggarka­n bernilai RM100 juta itu bertujuan memastikan Jasin tidak ketinggala­n menerima kemudahan akses kepada lebuh raya walaupun sudah ada satu persimpang­an bertingkat di Lipat Kajang.

“Saya yakin, jika kita mempunyai satu pintu masuk baru yang menghubung­kan lebuh raya dengan Jasin, ia sekali gus menjadi katalis kepada kemajuan lebih drastik di daerah ini, termasuk kawasan sekitarnya,” kata Idris.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia