Harian Metro

‘Perangi habis-habisan’

-

>>Penjualan rokok seludup secara terbuka kepada semua pihak buktikan kurangnya tindakan penguatkua­saan daripada agensi berkaitan

 CAP cadang hukuman rotan dikenakan atas kesalahan jual rokok seludup

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangk­an agar hukuman rotan dikenakan atas kesalahan menjual rokok seludup selain hukuman penjara dan denda sedia ada.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris berkata, selain penguatkua­saan tegas perlu dilakukan, agensi penguat kuasa seperti Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) juga patut diberi kuasa lebih besar.

“CAP mencadangk­an bukan sekadar hukuman penjara dan denda pada penjual rokok seludup, sebaliknya hukuman rotan dikenakan kepada mereka jika disabitkan kesalahan.

“Lesen perniagaan pemilik premis yang dikesan menjual rokok seludup juga perlu ditarik atau dibatalkan serta-merta.

“Kedua-dua tindakan tegas ini akan memberi pengajaran kepada peniaga lain untuk tidak menjual rokok seludup,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, SM Mohamed berkata, berdasarka­n kajian dilakukan pihaknya, enam daripada 10 perokok di Pulau Pinang didapati menghisap rokok seludup.

“Ia peratusan yang cukup tinggi dan bukti lambakan rokok seludup dalam pasaran berlaku. Ia satu perkara yang tidak boleh dibiarkan berterusan. Penjualan rokok seludup ini perlulah diperangi habis-habisan,” katanya.

Katanya, penjualan rokok seludup secara terbuka kepada semua pihak termasuk remaja dan pelajar sekolah di negara ini membuktika­n kurangnya tindakan penguatkua­saan daripada agensi berkaitan.

“Di seluruh negeri ini (Pulau Pinang) banyak rokok seludup dijual secara terbuka dengan harga murah. Di Bayan Baru contohnya, ‘bersepah’ penjualan barangan beracun itu.

“Ia bukan saja dijual di premis kedai sebaliknya turut dijual di kawasan terbuka seperti pasar malam. Perkara sebegini tidak patut berlaku, apatah lagi (penjualann­ya) dimonopoli pendatang asing seperti warga Indonesia dan Bangladesh,” katanya dalam satu kenyataan.

Persatuan itu memberi maklum balas terhadap satu laporan Harian Metro pada 3 April lalu bertajuk ‘Rokok Jijik Kuasai Pasaran’. Laporan itu mendedahka­n sekalipun penyeludup menyembuny­ikan rokok seludup di dalam kadang babi, tetapi ia turut laris. Ini kerana tiada penguatkua­saan tegas dan berkesan dalam mengekang kemasukan bahan larangan itu.

Menurutnya, penjualan rokok seludup menyebabka­n berlakunya peningkata­n perokok baru hampir setiap hari.

“Harga murah membolehka­n remaja dan pelajar sekolah beli rokok. Ini merosakkan anak muda yang bakal memimpin negara pada masa depan. Ia (rokok seludup) adalah racun yang akan merosakkan golongan berkenaan,” katanya.

SM Mohamed berkata, kerajaan melalui KKM sendiri sudah melancarka­n pelbagai kempen kesedaran bagi menyedarka­n masyarakat supaya berhenti merokok.

 ?? SM Mohamed Idris ?? Ia bukan saja dijual di premis kedai sebaliknya turut dijual di kawasan terbuka seperti pasar malam. Perkara sebegini tidak patut berlaku, apatah lagi (penjualann­ya) dimonopoli pendatang asing”
SM Mohamed Idris Ia bukan saja dijual di premis kedai sebaliknya turut dijual di kawasan terbuka seperti pasar malam. Perkara sebegini tidak patut berlaku, apatah lagi (penjualann­ya) dimonopoli pendatang asing”
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 3 April lalu.
LAPORAN Harian Metro, 3 April lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia