Harian Metro

Pendapat peribadi TMJ mahu terbaik untuk Johor

-

Tunku Mahkota Johor

(TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan baginda memberi pendapat secara ikhlas yang difikirkan terbaik untuk Johor dan pendapat peribadiny­a selaras dengan kedudukann­ya selain tidak menyebelah­i mana-mana parti politik atau individu.

Sehubungan itu, baginda meminta orang ramai membaca pendapatny­a betul-betul dan memahaminy­a terlebih dahulu, bukannya terus

(melatah atau membuat andaian sendiri).

“Bila saya memikirkan tentang sesuatu, saya akan memikirkan apa yang terbaik untuk Johor dan saya tidak membiarkan emosi saya mengganggu pendapat saya tetapi apa pun orang ramai berhak memberikan pandangan mereka sendiri. Mereka

breakdance

berhak menyokong sesiapa yang mereka mahu dan berhak mempunyai pendapat masing-masing.

“Itu hak semua orang. Saya tetap berpegang walau sesiapa pun yang menjadi ketua dalam negara, beliau bukan berkhidmat untuk idealogi parti tetapi perlu berkhidmat kepada rakyat. Keutamaan yang pertama adalah rakyat.

“Apa-apa kenyataan yang saya bagi semalam, itu pandangan peribadi saya tetapi rakyat berhak untuk memilih apa yang terbaik untuk masing-masing. Di Johor lain, kami mempunyai cara kami yang tersendiri.

“Oleh itu jangan terbawa pengaruh dari luar masuk ke Johor, manakala yang di luar sana, jaga negeri masing-masing dan negara,” titahnya dalam dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman rasmi Johor Southern Tigers, semalam.

TMJ sebelum ini memuat naik kenyataan supaya rakyat negara ini membuka mata dan jangan tertipu dengan apa yang dikatakan oleh individu berusia 93 tahun yang ingin menjadi Perdana Menteri.

Tunku Ismail mahu rakyat jangan tertipu, buka mata, menggunaka­n akal fikiran dan mengikut bayangan yang akan baginda berikan kerana baginda tahu apa yang rakyat tidak tahu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia