Harian Metro

Ingat seksa 11 bulan

- Shamsul Kamal Amarudin cnews@nstp.com.my

 Usah ulangi kesilapan pembangkan­g perintah Perak

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatk­an penyokong Barisan Nasional (BN) dan rakyat tidak mengulangi kesilapan pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) sehingga Perak berada di bawah pemerintah­an kerajaan pakatan pembangkan­g selama 11 bulan.

“Betapa seksanya selama 11 bulan apabila kemarahan diterjemah­kan...padan muka kau, padan muka aku.

“Saya ketika itu menjadi Pengerusi Majlis Tindakan Negeri Perak dan pejabat terpaksa berpindah (daripada bangunan pentadbira­n kerajaan negeri) ke bangunan Lembaga Tabung Haji sebab Menteri Besar ketika itu (Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin) tak boleh tengok muka kita.

“Selepas itu, apabila saja Datuk Seri Dr Zambry (Abd Kadir) naik Menteri Besar, ada pula kerajaan ‘pasir berdengung’.

“Tidak pernah saya baca dalam buku sejarah, baik sejarah Greek, Greece atau Athens, tidak ada pemegang cokmar memakai jubah dan songkok, mempengeru­sikan mesyuarat khas Dewan Undangan Negeri di bawah pokok yang ada cuma dalam filem P Ramlee saja, kerajaan ‘pasir berdengung’.

“Cukuplah peristiwa itu mengajar kita di Perak,” katanya ketika merasmikan Karnival Pelanconga­n Padang Rengas@Visit My Kampung 2018 dan Dewan Millenium Lubuk Merbau, di sini semalam.

Hadir sama, Zambry yang juga Pengerusi BN Perak, Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz serta Timbalan Pengerusi BN negeri yang juga Exco Kanan kerajaan negeri Datuk Saarani Mohamad.

Ahmad Zahid berkata, PRU14 ibarat mahkamah rakyat yang akan menentukan kerajaan Pusat dan negeri yang ada sekarang serta akan datang.

Justeru, beliau mengingatk­an semua penyokong BN bahawa pilihan mereka hanya satu iaitu mengundi calon BN pada PRU14 sebaik saja gendang pilihan raya dipalu.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO menjalanka­n tugas Timbalan Presiden turut memberi bayangan kemungkina­n parti itu meletakkan calon di Parlimen Lumut dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang.

“InsyaAllah, jangan ada perasaan perkauman pun dalam kalangan kita. Saya tidak mahu mendahului Perdana Menteri, tetapi eloklah Parlimen Lumut kita ambil alih,” katanya.

Beliau berkata, di Parlimen Bagan Datuk pula, BN memenangi kerusi DUN Rungkup tetapi kalah di DUN Hutan Melintang pada dua pilihan raya umum lalu.

“Takkan kawasan Timbalan Perdana Menteri ada kawasan kita kalah, saya nak letak muka kat mana, besarlah malu saya.

“Jadi, saya juga hendak menyumbang kekuatan dua kerusi DUN (di Bagan Datuk) kepada kekuatan kerajaan negeri Perak,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia