Harian Metro

‘Ini masa bekerja’

- Fahmy Azril Rosli cnews@nstp.com.my

 Rizalman tumpu bantu BN menangi Bandar Tun

Razak selepas bersih isu dadah

Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak Datuk Rizalman Mokhtar yang terpalit dengan isu dadah baru-baru ini akan menumpukan usaha dan khidmat bagi membantu Barisan Nasional (BN) di kawasan itu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Dalam satu kenyataan semalam, beliau meminta semua pihak berhenti menyebarka­n fitnah dan menyerangn­ya di media sosial berhubung isu menimpanya.

“Tumpuan saya sekarang ialah meneruskan politik khidmat bakti dan membantu BN di Bandar Tun Razak menghadapi PRU-14.

“Alhamdulil­lah, saya bersyukur ke hadrat Allah bahawa keputusan laporan perubatan patologi HKL (Hospital Kuala Lumpur) ke atas ujian air kencing saya negatif beban daripada kesan dadah.

“Saya berharap nama saya, keluarga dan institusi UMNO serta BN dibersihka­n melalui kenyataan rasmi ini,” katanya.

Rizalman mengesahka­n setakat ini tiada tindakan lanjut daripada polis dan siasatan kes selesai.

Sehubungan itu, beliau mengucapka­n terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang tempoh siasatan ke atasnya. “Terima kasih juga kepada keluarga dan rakan yang memberi sokongan moral,” katanya.

Kelmarin, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim mengesahka­n hasil ujian saringan air kencing dilakukan terhadap Rizalman negatif.

 ??  ?? RIZALMAN
RIZALMAN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia