Harian Metro

Kehadiran Isham perkuat spekulasi

-

Shah Alam: Kehadiran Pegawai Khas Perdana Menteri Isham Jalil pada Majlis Pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) Selangor menguatkan spekulasi bahawa beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sebelum ini, beliau yang juga Presiden Pertubuhan Jalinan Sukarelawa­n Malaysia (Sukarelawa­n Malaysia) disebut-sebut bakal bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selain turut dikaitkan sebagai calon Menteri Besar jika BN berjaya merampas semula negeri ini.

Isham ketika ditemui berkata, kehadirann­ya ke Majlis Pelancaran Manifesto BN Selangor hanyalah sebagai tanda sokongan kepada parti itu.

Beliau bagaimanap­un enggan mengulas lanjut berhubung desas-desus namanya disenaraik­an sebagai antara calon BN yang akan bertanding kerusi DUN Selangor.

“Saya tidak tahu siapa yang membuat spekulasi ini. Saya sentiasa membantu BN dalam pelbagai program. Saya sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat sama ada sebagai calon atau bukan calon,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, rakyat di Selangor perlu diberi kesedaran mengenai kegagalan serta kepincanga­n kerajaan negeri ini.

“Selain itu, rakyat perlu diingatkan bahawa Kerajaan BN melihat ke hadapan, sebab itu kita buat Transforma­si Nasional 2050 (TN50) dan kita bertanya kepada belia dan orang muda dalam membuat dasar untuk mereka.

“Sebaliknya Pakatan Harapan pula mereka melihat ke belakang sebab itu mereka meletak calon seperti calon perdana menteri yang berusia 94 tahun,” katanya.

 ??  ?? ISHAM ketika diumumkan menang sebagai penyandang Presiden dalam pemilihan Sukarelawa­n Malaysia, Mac lalu.
ISHAM ketika diumumkan menang sebagai penyandang Presiden dalam pemilihan Sukarelawa­n Malaysia, Mac lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia