Harian Metro

‘Kejutan’ LPT3

-

 Pengumuman ibarat hadiah untuk penduduk Pantai Timur

mengurangk­an kos perjalanan rakyat terutama anak Kelantan yang bekerja di Terengganu atau sebaliknya.

“Berdasarka­n pengalaman lalu, saya pernah mengharung­i perjalanan selama lebih enam jam untuk pulang ke Kelantan pada musim perayaan sedangkan kedua-dua negeri ini berjiran.

“Saya melihat dengan pembinaan LPT3 ini pengguna dapat menjimatka­n masa, kos sekali gus mengurangk­an kesesakan,” katanya.

Beliau berkata, pada hari biasa perjalanan pulang ke kampungnya di Kelantan dari Terengganu memakan masa hampir tiga jam.

“Namun saya percaya LPT3 dapat memendekka­n masa perjalanan sekurang-kurangnya satu jam. Jadi bolehlah anak perantau seperti saya lebih kerap pulang bertemu keluarga,” katanya.

Pegawai pembanguna­n dan pelajaran, Mohamed Syahrul Zaquan Mohamed Rusli, 29, pula berpendapa­t sekiranya pembinaan LPT3 menjadi kenyataan, ia akan menjadi pilihan baru untuk anak Kelantan terutama yang bekerja di ibu negara.

“Jika sebelum ini kita selalu melihat LPT sentiasa sesak apabila orang ramai berpusu-pusu pulang ke kampung terutama pada musim perayaan, LPT3 boleh menjadi jawapan kepada masalah kesesakan tanpa kesudahan ini.

“Ia sekali gus membuktika­n BN tidak pernah mengetepik­an pembanguna­n dan kebajikan masyarakat terutamany­a di Pantai Timur,” katanya.

 ??  ?? FARASWATI
FARASWATI
 ??  ?? MOHAMED Syahru
MOHAMED Syahru

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia