Harian Metro

Tak mudarat ekonomi negara

- Fitri Nizam cnews@nstp.com.my

Manifesto Barisan

Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak akan memudaratk­an ekonomi negara.

Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, semua 14 akujanji yang dilancarka­n itu bukan sekadar janji kosong tetapi beliau yakin ia boleh dilaksanak­an sekiranya BN diberi mandat oleh rakyat.

Ini termasuk akujanji untuk rakyat Negeri Sembilan bagi mempercepa­tkan pembanguna­n Lembah Wawasan Malaysia (MVV) yang dijangka mewujudkan 1.3 juta peluang pekerjaan.

“Ia (manifesto) memang boleh dilaksanak­an dan yang penting ia tidak mendatangk­an kemudarata­n kepada ekonomi negara jika dilaksanak­an 100 peratus.

“Saya percaya manifesto yang dilancarka­n itu dapat meyakinkan dan menawan hati rakyat kerana ia adalah manifesto yang menyeluruh dan praktikal,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Pengumuman pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur 3 (LPT3) menghubung­kan Tepoh, Kuala Nerus ke Kelantan yang menjadi satu teras dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) diibaratka­n sebagai hadiah untuk penduduk Pantai Timur.

Eksekutif Pemasaran syarikat perhotelan Faraswati Ismail, 28, berkata, sekiranya pembinaan LPT3 yang diumumkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dalam manifesto Bersama BN Hebatkan Negaraku dapat direalisas­ikan, perjalanan menghubung­kan dua negeri ini dapat dipendekka­n, selain memudahkan masyarakat setempat.

Anak jati Kota Bharu, Kelantan itu berkata, pembinaan lebuh raya itu secara tidak langsung dapat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia