Harian Metro

Siap dalam masa 5 tahun

-

Kota Bharu: Lebuh Raya Kota Bharu-Gua Musang membabitka­n jarak 200 kilometer (km) mampu disiapkan sepenuhnya dalam tempoh lima tahun jika Kerajaan Barisan Nasional (BN) diberi mandat memerintah Kelantan.

Pengarah Jabatan Pembanguna­n Persekutua­n (JPP) Kelantan Datuk Yahaya Mamat berkata, pembinaann­ya akan lebih cepat berbanding dengan proses menyiapkan projek RM1.8 bilion ketika ini yang mungkin mengambil masa lebih 10 tahun.

Menurutnya, pembinaan lebuh raya empat lorong itu setakat ini dilakukan secara berperingk­at atau mengikut pakej berdasarka­n tiga fasa kesemuanya.

“Setakat ini, kita baru saja siapkan pakej 1b dari Pasir Hor ke Kadok pada 22 Februari lalu selepas dimulakan sejak 7 April 2014 membabitka­n jarak tujuh km dengan kos keseluruha­n termasuk pengambila­n tanah berjumlah RM310 juta.

“Namun ia tidak boleh digunakan lagi memandangk­an pakej 1b bersambung dengan pakej 1a dari Kadok ke Ketereh (sejauh 6 km) yang dijangka siap akhir tahun ini membabitka­n kos RM189.2 juta.

“Namun Pengerusi Majlis Tindakan Persekutua­n Negeri Kelantan (MTPN) Datuk Seri Mustapa Mohamed mahu laluan pakej 1a itu digunakan lebih awal sebaik pembinaan susur dengan kos RM5.7 juta dapat disiapkan,” katanya.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak kelmarin menerusi Manifesto BN membuat akujanji untuk membangunk­an semua negeri dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak termasuk mempercepa­tkan pembinaan Lebuhraya Kota Bharu-Gua Musang.

Yahaya berkata, pakej ketiga iaitu 2b dari Ketereh hingga Kok Lanas baru saja bermula pada 15 November tahun lalu dengan kos RM229.7 juta dan dijangka siap pada November 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia