Harian Metro

Universiti Al-Quran memang ditunggu

- Hidayatul Akmal Ahmad dan Awaina Arbee cnews@nstp.com.my

 Langkah tepat lahir lebih ramai golongan hafiz al-Quran

Manifesto Barisan Nasional (BN) berkaitan penubuhan Universiti Al-Quran di Kelantan disambut baik semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO).

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Dr Wan Adli Wan Ramli berkata, sebagai NGO Islam, pihaknya bersetuju dengan manifesto yang dikemukaka­n itu.

“Penubuhan Universiti Al-Quran sememangny­a sesuatu yang dinantikan bagi umat Islam untuk melahirkan lebih ramai golongan hafiz al-Quran selain mewujudkan peluang pekerjaan.

“Ia juga dapat menarik minat orang ramai untuk mencintai al-Quran dan mempelajar­inya dengan teknik betul serta tenaga pengajar yang profesiona­l, arif dan berkelayak­an,” katanya ketika dihubungi NSTP.

Menurut Wan Adli, penubuhan Universiti Al-Quran juga hendaklah berteraska­n Ahli Sunnah Waljamaah seperti yang dipersetuj­ui dalam Majlis Fatwa Undang-undang Tubuh Negeri yang dipersetuj­ui oleh ulama.

“Kita tidak mahu ada akademi atau Universiti Al-Quran yang menerapkan fahaman seperti Wahabi sehingga terpesong daripada akidah,” katanya.

Dalam pada itu, Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, Universiti Al-Quran dapat mewujudkan peluang yang cukup untuk graduan hafiz al-Quran.

Melalui Manifesto Pilihan Raya ke-14, BN mencadangk­an penubuhan Universiti Al-Quran di negeri itu bagi mencapai sasaran melahirkan seramai 125,000 tahfiz menjelang tahun 2050.

“Al-Quran adalah sangat komprehens­if kerana ia merangkumi semua aspek, bukan sahaja agama tetapi konteksnya berkaitan dengan perkara sains, teknologi dan sebagainya.

“Al-Quran adalah wahyu dari Tuhan untuk kita semua dan jika ia dipelajari dengan betul dapat membentuk dunia dengan cara Islam.

“Universiti Al-Quran sepatutnya ditubuhkan untuk kebaikan umat Islam di dunia dalam membina negara yang lebih maju,” katanya kepada ketika dihubungi semalam.

Dalam manifesto pilihan raya, BN berjanji untuk menubuhkan universiti di Kelantan. Rahman menambah bahawa kajian al-Quran di negara-negara lain seperti Mesir dan India lebih maju daripada Malaysia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia