Harian Metro

Hadiah terbaik

- Saadiah Ismail cnews@nstp.com.my

 RM1,500 kepada anak penerima BR1M berjaya ke IPT buktikan keprihatin­an

Bantuan sekali gus RM1,500 kepada anak penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang berjaya berdaftar di pusat pengajian tinggi (IPT) dianggap sebagai hadiah terbaik daripada kerajaan Barisan Nasional.

Pengumuman itu jelas menunjukka­n kerajaan begitu prihatin dalam membantu belia khususnya untuk meringanka­n bebanan kewangan permulaan kemasukan ke IPT.

Presiden Majlis Permuafaka­tan Persatuan Ibu Bapa Guru Nasional (PIBGN), Datuk Mohamad Ali Hassan berkata, insentif diberikan itu dilihat sebagai petanda bahawa kerajaan mengambil berat masa depan anak-anak muda yang bakal memimpin negara suatu hari nanti.

Katanya, ia juga adalah satu motivasi dan penghargaa­n kepada anak-anak penerima BR1M ini yang berjaya menjejakka­n kaki ke universiti selain dapat meringanka­n beban ibu bapa dan penjaga.

“Bahkan saya kira ia adalah saat yang mampu menceriaka­n anak-anak ini. Jadi saya berharap insentif itu dapat dilaksanak­an dengan segera sebaik pelajar itu dapat membuktika­n mereka layak ke IPT.

“Mudah-mudahan ia tidak terhenti dan harap ‘hadiah’ ini akan diteruskan setiap tahun. Mungkin selepas tiga tahun nilai berkenaan boleh dipertimba­ngkan kembali atas sebab tertentu, Tahniah Barisan Nasional,” katanya ketika dihubungi.

Bagi, Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawangs­a, Amiruddin Sahudi, berkata anak-anak yang menerima bantuan permulaan ke IPT seharusnya bersyukur dengan pemberian berkenaan tanpa sebarang prejudis.

“Kebanyakan golongan muda hari ini tidak memahami sejarah, ada yang lantang mengutuk kerajaan tetapi dalam masa yang sama menerima apa saja diberikan.

“Kita tidak mahu belia seperti ini, jadi bersyukur kerana sekurang-kurangnya ia meringanka­n beban kewangan keluarga anda dan kerajaan Barisan Nasional tidak memilih untuk menghulurk­an bantuan berkenaan,” katanya.

Semalam, menerusi pembentang­an Manifesto Barisan Nasional, Pengerusin­ya, Datuk Seri Najib Razak, sekali gus mengumumka­n kategori baru penerima BR1M dan bantuan sekali beri RM1,500 kepada anak penerima BR1M yang berdaftar ke IPT.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Majlis Perundinga­n Pelajar Kebangsaan (MPPK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Adib Ashman Burhan Burhanudin berkata, pemberian RM1,500 itu dianggap sebagai satu nilai munasabah kerana dapat membantu membeli keperluan untuk memasuki IPT.

 ??  ?? SUMBANGAN RM1,500
jadi motivasi kepada anak penerima BR1M.
SUMBANGAN RM1,500 jadi motivasi kepada anak penerima BR1M.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia