Harian Metro

Bawa negara ke tahap lebih gemilang

-

Kuantan: Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus memberi tumpuan kepada warga peneroka FELDA seluruh negara melalui manifesto dilancarka­n Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak di ibu negara, kelmarin.

Pemangku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar Datuk Mohd Zaili Besar berkata, manifesto atau akujanji mengandung­i 14 perkara itu jelas membuktika­n bahawa BN akan terus membawa negara ini ke tahap lebih gemilang tanpa meminggirk­an mana-mana kumpulan.

“Boleh dikatakan apa yang Najib umumkan malam tadi (kelmarin) adalah perkara yang kita boleh laksanakan... kita menawarkan realiti kepada rakyat dan bukannya menjanjika­n perkara yang mustahil untuk dilaksanak­an seperti apa pembangkan­g.

“Bagi masyarakat peneroka FELDA di kawasan ini, kami sangat berterima kasih kepada Najib kerana terus memberikan perhatian khusus kepada peneroka dan generasi kedua FELDA.

“Selain pengumuman pemberian insentif khas RM5,000 kepada setiap peneroka dan mewujudkan geran khas tanaman semula, peningkata­n jumlah projek pembinaan rumah komuniti FELDA juga sangat dialu-alukan bagi membantu generasi kedua FELDA memiliki kediaman sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Karnival Kementeria­n Pendidikan Tinggi Peringkat Parlimen Paya Besar di Padang Awam Permatang Badak di sini,

ditawarkan semalam.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan Tinggi Tan Sri Noorul Ainur Mohd Nur dan Ketua Pemuda UMNO negeri Mohd Shahar Abdullah.

Mengulas peningkata­n kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), Mohd Zaili berkata, ia antara pendekatan kerajaan bagi membantu lebih ramai rakyat yang memerlukan.

Menurutnya, pengenalan dua kategori baru penerima BR1M juga adalah bagi memastikan pengagihan hasil pendapatan negara dilakukan dengan lebih meluas.

“Tujuan asal kerajaan memperkena­lkan BR1M adalah untuk membantu rakyat yang kurang berkemampu­an bagi berdepan kos sara hidup... pengumuman terbaru oleh Najib adalah untuk menambah baik proses pengagihan BR1M bagi memastikan lebih ramai yang layak dapat menerimany­a.

“Saya percaya ini adalah usaha yang dilakukan secara berfokus oleh kerajaan dan kita harap lebih ramai memperoleh manfaat,” katanya.

Manifesto BN mengumumka­n dua kategori penerima BR1M jika BN dipilih mengetuai kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dua kategori itu ialah bagi isi rumah berpendapa­tan RM4,000 hingga RM5,000 yang akan menerima RM700 setahun menerusi pembayaran dua kali dan bantuan one-off (sekali) sebanyak RM1,500 kepada anak penerima BR1M yang menerima tawaran melanjutka­n pengajian ke pusat pengajian tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia