Harian Metro

Bersentuha­n secara tidak sengaja

-

Adakah berdosa sekiranya seorang jurujual tersentuh tangan bukan mahramnya apabila memulangka­n baki duit kepada pelanggan?

Dalam sebuah hadis diriwayatk­an daripada Ma’qil bin Yasar RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sekiranya dicucuk kepala salah seorang daripada kamu dengan jarum daripada besi, nescaya itu lebih baik buatnya berbanding dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya (bukan mahram). (Riwayat Al-Thabrani, Mu’jam Al-Kabir - 20/211)

Hadis itu menjelaska­n mengenai pengharama­n bersentuha­n kulit di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Sekalipun zahir hadis menunjukka­n pengharama­n ke atas lelaki, tetapi hukum itu tetap terpakai apabila seorang perempuan menyentuh lelaki yang tidak halal baginya.

Seperti dikatakan Imam Al-Khattabi Rahimahull­ah, maksudnya: Sesuatu khitab (ayat atau kenyataan) apabila terdapat padanya lafaz orang lelaki, maka ia juga adalah khitab kepada orang perempuan pada masa yang sama melainkan pada keadaan yang tertentu. (Rujuk Mirqaat Al-Mafatih, Mulla ‘Ali Al-Qari - 2/423)

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, didapati berlaku persentuha­n kulit di antara penjual dan pembeli bukan mahram.

Dalam kitab usul fiqh, perkara itu dikategori­kan sebagai al-Khata’ iaitu tersilap. Ia juga digunakan untuk menunjukka­n sesuatu yang berlawanan dengan perbuatan dilakukan secara sengaja.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan tidak ada dosa ke atas kamu terhadap perbuatan yang kamu tersilap melakukann­ya. Akan tetapi (dosa itu)ke atas apa yang hati kamu sengaja melakukann­ya.” (Surah Al-Ahzab, ayat 5)

Demikian juga terdapat satu riwayat daripada Ibn Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Allah SWT mengangkat (dosa) daripada umatku disebabkan tersilap, lupa dan perbuatan yang dilakukan kerana dipaksa.” (Riwayat Ibn Majah - 2045)

Kedua-dua nas itu menunjukka­n perbuatan yang dilakukan secara tidak sengaja atau tersilap tidak dianggap sebagai berdosa.

Ini dikuatkan lagi dengan pendapat daripada Imam Ibn Rajab Al-Hanbali Rahimahull­ah apabila beliau mensyarahk­an hadis itu, katanya: “Yang paling zahir – wallahu a’lam – sesungguhn­ya seseorang yang terlupa atau tersilap itu hanyalah dimaafkan ke atas keduaduany­a dalam erti terangkat dosa daripada kedua-duanya.

Dosa itu dikenakan berdasarka­n tujuan dan niat. Orang yang terlupa dan tersilap, kedua-duanya tidak ada niat ketika melakukann­ya, maka tiada dosa.

Adapun terangkat hukum daripada kedua-duanya, maka itu bukanlah kehendak yang dimaksudka­n daripada nas.

Untuk mensabit dan menafikann­ya memerlukan kepada dalil lain. (Rujuk Jami’ Al-Ulum wa Al-Hikam, Ibn Rajab)

Kami berpendapa­t, persentuha­n kulit di antara penjual dan pembeli yang bukan mahram secara tidak sengaja adalah tidak berdosa.

Oleh itu, jurujual wanita terutamany­a yang bertugas di kaunter pembayaran disyorkan memakai sarung tangan sebagai langkah berhati-hati (ihtiyath).

Sumber: Al-Kafi Li Al-Fatawi Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia