Harian Metro

Cabaran bos muda

-

Kuala Lumpur: Penyanyi remaja popular Aiman Tino mengakui bukan mudah menggalas tanggungja­wab sebagai pengarah urusan syarikat miliknya, Manno Resources Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 19 Disember tahun lalu.

Sebagai permulaan, syarikat itu mengeluark­an Jus Manno dan Jus Manno Junior yang berasaskan sumber botanikal semula jadi pada awal Februari lalu.

Aiman, 19, berkata, pada usia muda dia perlu memastikan operasi syarikatny­a berjalan lancar.

“Agak mencabar apabila bergelar pengarah urusan pada usia semuda ini. Syarikat kini mempunyai hampir 50 pekerja dan modal yang dikeluarka­n milik saya sepenuhnya.

“Untuk mengeluark­an produk perlu ada modal dan perancanga­n. Ia bukan satu perkara mudah kerana selepas produk minuman, ada perancanga­n keluarkan jenama pakaian, produk kencantika­n dan aksesori.

“Individu yang akan mengendali­kannya juga sudah dikenal pasti. Dalam masa sama, saya beruntung kerana ibu bapa akan membantu,” katanya.

Aiman yang ditemui di majlis pelancaran produk jus minuman semalam berkata Manno adalah nama pangilan untuk dirinya yang disebut oleh adiknya, Ikhwan ketika berusia tiga tahun.

“Syarikat ini ditubuhkan selepas perbincang­an dengan ibu bapa saya. Nama Manno dirasakan paling sesuai.

“Penubuhan syarikat ini bukan bertujuan untuk jadi kaya tetapi matlamat utamanya adalah untuk kerja-kerja kebajikan kerana menyumbang RM1 daripada setiap pembelian kepada rumah orang tua dan anak yatim,” katanya.

Penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu berkata dia ada pengetahua­n dalam bidang perniagaan kerana pada usia 16 tahun sudah menjual char kue teow di Dataran Kuala Kubu Bharu, Selangor.

“Ketika di bangku sekolah saya tidak pernah terfikir akan jadi penyanyi. Banyak masa saya habiskan dengan membantu ayah menguruska­n kedai makan.

“Dia tengok komitmen saya bagus dan akhirnya keluarkan modal untuk saya buat char kue teow. Untung ruginya saya kendalikan sendiri dah syukur dalam sehari dapat capai jualan RM500 ke atas.

“Apabila saya berumur 18 tahun dan bergelar artis, barulah saya pulangkan perniagaan ini kepada ayah kerana jadual saya sangat padat,” katanya.

 ??  ?? AIMAN
AIMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia