Harian Metro

Sasar 350,000 usahawan digital

-

Seremban: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) meletakkan sasaran melatih 350,000 usahawan digital, menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Datuk Yasmin Mahmood berkata, pelbagai program yang dilancarka­n di bawah program YouCanDuit memberi manfaat terutama kepada usahawan muda daripada pelbagai lapisan masyarakat.

“Program yang sedang berlangsun­g sejak 2016, kini menunjukka­n momentum dan pertumbuha­n, seperti apa yang kami harapkan.

“Kami berupaya terus menyebarka­n maklumat mengenai program ini seperti yang diamanahka­n oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya ketika ditemui di Gegaria Fest 2018 yang diadakan di Dataran Centrio di sini, semalam.

Katanya, beliau yakin bahawa edisi keenam Gegaria Fest di Seremban akan melihat lebih banyak usahawan direkrut.

“Melalui program ini, kami ingin terus mendidik masyarakat terutama generasi muda mengenai betapa pentingnya teknologi dan menerima manfaat daripadany­a, selain digunakan untuk sosial media.

“Di bawah inisiatif YouCanDuit, program seperti eRezeki dan eUsahawan akan membimbing usahawan bukan hanya untuk memasarkan produk di negara ini tetapi juga ke seluruh dunia.

“Matlamat utama kami juga adalah menjadikan usahawan sebagai pencipta kerja yang akan membantu mengubah kehidupan orang lain pula,” katanya.

 ??  ?? YASMIN
YASMIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia