Harian Metro

Khuatir cucu mangsa cabul

- Cnews@nstp.com.my

Seorang nenek khuatir dengan keselamata­n dan masa depan cucu perempuan berusia empat tahun selepas mendakwa menjadi mangsa cabul sejak setahun lalu.

Wanita berkenaan dikenali sebagai Asiah, 51, berkata, dia menjaga cucunya secara bergilir dengan anak perempuann­ya terkilan apabila menemui kesan melecet pada kemaluan kanak-kanak itu beberapa kali.

Menurutnya, keadaan berkenaan juga menimbulka­n kesulitan serta menjejaska­n keselesaan dan kesihatan cucunya.

Sebanyak tiga kali dia menjalani pemeriksaa­n dan dimasukkan ke wad di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan kini di Hospital Sultan Ismail (HSI).

"Doktor mengesahka­n kemaluanny­a mengalami jangkitan kuman dan kulat namun tidak dapat mengesan punca," katanya.

Seorang wanita berasa hairan dan ketakutan apabila menemui sepasang pakaian dalam wanita dalam keretanya yang dipecah masuk dalam kejadian di Taman Senangin, semalam.

Noorhazlin Mohamad Saad, 38, menemui pakaian itu di dalam kotak simpanan barang di bahagian papan pemuka sebelah penumpang pada jam 11.30 pagi ketika memeriksa kenderaann­ya.

“Saya terkejut apabila melihat kotak simpanan barang di bahagian papan pemuka di sebelah kerusi penumpang hadapan terbuka dan bila saya memeriksa di dalamnya saya menemui sehelai coli dan seluar dalam yang bukan milik saya,” katanya di sini semalam.

Katanya, dia tidak menyedari keretanya dipecah masuk hingga dia memeriksan­ya

 ??  ?? PAKAIAN dalam wanita yang tinggalkan pencuri di dalam kereta milik Noorhazlin.
PAKAIAN dalam wanita yang tinggalkan pencuri di dalam kereta milik Noorhazlin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia