Harian Metro

‘Bukan coli saya’

-

 Wanita terkejut temui pakaian dalam ‘hadiah’ pencuri

pagi semalam sebelum keluar ke kedai.

Noorhazlin berkata, keretanya diletakkan di halaman rumah yang berpagar dan berkunci, bagaimanap­un keretanya tidak berkunci.

“Saya lupa mengunci kereta pada malam sebelumnya dan sewaktu saya membuka pintu kereta pagi semalam, keadaan kereta berselerak dan menyangka ianya perbuatan anak saya.

“Saya kehilangan beberapa puluh ringgit milik anak saya yang dia tinggalkan dalam kereta pada hari sebelum kejadian itu,” katanya.

Noorhazlin berkata, beliau turut bertanya kepada jirannya mengenai pakaian dalam itu namun jirannya menafikan ia miliknya.

Malah, katanya jirannya turut kehilangan RM500 dan sebuah telefon pintar apabila kereta mereka juga telah dipecah masuk dalam kejadian yang sama.

Noorhazlin berkata, bimbang dan hairan dengan penemuan pakaian dalam serta kecurian itu beliau membuat laporan polis pada 12.30 tengah hari semalam.

“Kejadian ini agak pelik kerana pencuri meninggalk­an pakaian dalam di dalam kereta, saya bimbang penjenayah itu mempunyai masalah mental atau gila seks kerana meninggalk­an pakaian dalam wanita di dalam kereta saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim Superinten­dan Ahmad Nasir Jaafar ketika di hubungi mengesahka­n mangsa sudah membuat laporan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia