Harian Metro

Balik ziarah diikat empat ‘tetamu’

-

Rawang: Hanya beberapa minit selepas tiba di rumah, empat beranak dikejutkan dengan kehadiran empat lelaki bersenjata­kan parang memecah masuk dan menyamun mereka di Sungai Choh, di sini, Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa berusia 30-an bersama isteri dan dua anaknya tiba di rumah mereka selepas menghadiri pengebumia­n saudara di Kampung Koskan, di sini.

Mangsa yang enggan dikenali berkata, dia baru saja tiba di rumah dan membiarkan pagar serta pintu terbuka.

“Tiba-tiba datang empat lelaki bersenjata­kan parang masuk ke dalam rumah sebelum mengarahka­n saya, isteri dan anak berkumpul di ruang tamu.

“Mereka kemudian mengikat kami sebelum menggeleda­h rumah untuk mencari barangan berharga.

“Selepas menggeleda­h semua bilik di dalam rumah, mereka melepaskan ikatan kami sebelum melarikan diri,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, penjenayah terbabit melarikan empat telefon bimbit dan dua kereta iaitu Proton Iriz dan Nissan Almera yang diletakkan di depan rumah.

“Saya membuat laporan di Balai Polis Serendah berhubung kejadian itu.

“Saya dimaklumka­n oleh polis yang kereta Proton Iriz sudah ditemui di tempat letak kenderaan tingkat lima sebuah kondominiu­m di Jinjang, Kuala Lumpur, malam tadi (kelmarin).

“Tingkap di bahagian pemandu kereta itu didapati pecah ketika ditemui dan sudah dibawa ke Balai Polis Jinjang untuk pemeriksaa­n lanjut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia