Harian Metro

Biar peminat tertunggut­unggu

- DARI MUKA R25

“Ada dua senario yang dapat kita lihat apabila seseorang pelakon itu kerap muncul dalam manamana drama televisyen. Dia mungkin laku dan ‘hot’ atau satu lagi, pelakon itu masih baru dan inginkan lebih banyak pendedahan untuk kerjaya.

“Untuk saya sendiri, saya sudah tetapkan untuk mengambil paling kurang dua drama dalam setahun. Saya juga akan lihat jarak tayangan antara dua naskhah itu. Kalau boleh biar ada jarak antara dua atau tiga bulan.

“Membuat peminat tertunggu-tunggu itu perkara yang paling mahal. Mereka akan menonton drama kita kerana merindukan kemunculan kita. Bagi saya, eksklusivi­ti itu penting tetapi bagi mereka yang baru bermula, tidak salah muncul kerap kerana itu adalah sumber pendapatan,” katanya.

Bagaimanap­un, kata Ayda, seseorang itu perlu meneliti kualiti naskhah terlebih dahulu dan bukan tangkap muat. Dalam pada mencari pengalaman bagi mengembang­kan kerjaya dan sumber pendapatan, pelakon juga perlu pandai memilih karya.

Mempunyai nama besar dalam industri, anak jati Melaka ini memiliki lebih tiga juta pengikut di Instagram. Dia bersyukur kerana peminatnya tidak pernah menimbulka­n kekecohan di laman sosial.

“Peminat saya jarang bergaduh sebab mereka ini dengar kata dan segan berbalah dengan individu lain. Saya selalu akan nasihatkan mereka agar mengabaika­n perkara negatif. Saya tidak mahu apabila ada seorang yang buat, semua ahli kelab peminat terpalit sama.

“Saya memang akan ambil tahu setiap perkara yang peminat lakukan. Kalau isu tidak ada kaitan dengan saya atau segaja dipanaskan, saya akan abaikan.

“Kalau sudah melampaui batas dan mengundang pergaduhan, saya akan padam komen di laman sosial dan mungkin ‘block’ pemilik akaun itu. Benda negatif ini seperti kulat, kalau tidak dibersihka­n ia akan busuk. Lebih baik kita basuh,” katanya.

Pemilik nama sebenar Nur Suhada Jebat mula menceburi bidang seni dengan menyertai pertanding­an Akademi Fantasia musim kesembilan. Pelbagai usaha dilakukan untuk mengukuhka­n kedudukann­ya sebagai anak seni.

Wanita itu bagaimanap­un mula menyerlah selepas berlakon drama Rindu Awak 200% berganding dengan aktor kacak Zul Arffin. Selepas itu, kerjayanya semakin cemerlang dan memenangi pelbagai anugerah. -Ardini Sophia Sina

Bagi Ayda, seseorang artis perlu teliti kualiti naskhah terlebih dahulu

bukan tangkap muat

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia