Harian Metro

REZEKI CEF NAEM

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Dapat tawaran sebagai pengacara selepas berhenti kerja untuk kejar kerjaya

baru

Keputusan menamatkan khidmat di sebuah hotel ternama di ibu kota dua tahun lalu dianggap pengorbana­n paling besar dalam hidup Cef Naem.

Apatah lagi Naem atau Muhammad Naim Ramli, 27, sudah lapan tahun bekerja dalam bidang itu sebelum menyertai program realiti masakan Hero Oven musim pertama pada 2016.

Bagaimanap­un, demi menggapai cita-cita yang diimpikan sejak kecil iaitu mengendali­kan program masakan sendiri, Naem sanggup berdepan dengan segala risiko.

Naem berkongsi, dia pernah menganggur lima bulan sebelum ditawarkan mengacara program masakan Dapur Panas yang disiarkan di TV3 tahun lalu.

“Selepas menjuarai program berkenaan, saya terus berhenti kerja. Saya fikir ia jalan terbaik untuk fokus cabang baru dalam kerjaya. Namun, rezeki belum berpihak kepada saya kerana terpaksa menganggur lima bulan.

“Ketika itu saya buntu dan tidak tahu nak buat apa. Simpanan dalam bank pula kian berkurang. Terdetik juga rasa menyesal kerana terlalu cepat buat keputusan berhenti kerja. Namun, saya tetap berfikiran positif dan percaya kepada rezeki Allah.

“Sepanjang tempoh itu, ibu bapa banyak memberikan kata-kata semangat. Mereka tidak mahu saya berputus asa. Alhamdulil­lah, berkat sabar saya ditawarkan mengendali­kan program

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia