Harian Metro

Bangun Garis Panduan Untuk Sekolah

-

Epidemik HIV atau AIDS masih wujud di Malaysia lebih tiga dekad lalu sejak kes pertamanya dilaporkan pada 1986.

Bagaimanap­un, adanya perkembang­an bidang perubatan dan kesedaran sosial, pembawa HIV dan penyakit AIDS masa kini mempunyai jangka hayat yang lebih lama dan mampu menjalani kehidupan yang normal secara relatifnya.

Kanak-kanak yang hidup dengan HIV positif juga boleh mendapatka­n pendidikan formal seperti rakan sebaya mereka. Namun, cabaran terutama dari segi stigma dan diskrimina­si masih ada.

Bagi mengatasi diskrimina­si itu, penyelidik Universiti Malaya (UM) membangunk­an Garis Panduan Untuk Sekolah Dalam Menguruska­n Kes HIV dan AIDS.

Penyelidik Khairul

Amar Razali berkata, kajian dijalankan untuk meneroka ciri kepemimpin­an guru besar kepada murid yang menghidap HIV atau AIDS.

Katanya, kajian ini juga bertujuan membina asas garis panduan kepada pihak sekolah dalam mengendali­kan pelajar berkenaan.

“Pada masa ini, tidak ada prosedur spesifik bagi menguruska­n murid yang hidup dengan HIV di sekolah.

“Berdasarka­n kajian kualitatif yang dijalankan, dalam sesi temu ramah bersama guru besar, semua responden mengakui tidak pernah mendapat apa-apa prosedur spesifik dalam membantu mereka menguruska­n murid berkenaan,” katanya.

Katanya, berdasarka­n maklum balas dan hasil kajian, satu garis panduan dicipta dan dicadangka­n untuk diperhalus­i seterusnya diguna pakai oleh guru besar di sekolah rendah.

“Garis panduan ini mengandung­i maklumat umum mengenai HIV dan AIDS serta prosedur menguruska­n murid yang membabitka­n kerahsiaan, kehadiran ke sekolah, komunikasi dengan Jabatan dan agensi berwajib.

“Ia juga salah satu aktiviti kesedaran dan sokongan untuk murid yang hidup dengan HIV atau AIDS mendapatka­n pendidikan,” katanya.

Katanya, kajian itu dijalankan berdasarka­n metodologi kualitatif iaitu seramai enam orang guru besar sekolah rendah di Lembah Klang dipilih.

Hasil kajian menunjukka­n terdapat 13 ciri kepemimpin­an daripada analisis data seperti mempunyai pengetahua­n dan kefahaman, menyampaik­an pengetahua­n dan meningkatk­an pemahaman, teliti, pragmatik, bertanggun­gjawab dan beretika.

Katanya, garis panduan ini boleh digunakan di peringkat tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah.

“Garis panduan ini akan membantu pihak kepemimpin­an sekolah, terutama guru besar dan pengetua dalam mendepani dan menguruska­n pelajar pembawa HIV atau penghidap AIDS.

“Garis panduan sudah dibentangk­an di peringkat Bahagian Perancanga­n dan Penyelidik­an Dasar Pendidikan, Kementeria­n Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Jabatan Pendidikan Selangor, Malaysia AIDS Council (MAC), rumah kebajikan dan perlindung­an HIV atau AIDS Kuala Lumpur dan Selangor,” katanya.

 ??  ?? Pada masa ini, tidak ada prosedur spesifik bagi menguruska­n murid yang hidup dengan HIV di sekolah
Pada masa ini, tidak ada prosedur spesifik bagi menguruska­n murid yang hidup dengan HIV di sekolah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia