Harian Metro

UTM RANGKUL RM15,000

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Pasukan Debat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencipta kegemilang­an apabila dinobatkan sebagai juara pertanding­an Anugerah Debat

Perdana (ADP2018) yang berlangsun­g di Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) Business School Kampus Gurney, baru-baru ini.

Pasukan Debat UTM diwakili dua penuntut tahun akhir jurusan kejurutera­an elektrik iaitu Mirza Hakim Yusri dan Muhammad Naim Khoizulazw­al yang juga ahli Kelab Debat, Pidato dan Pemikiran Kreatif (De’Pikir) UTM.

Pada peringkat akhir, mereka berperanan sebagai pembangkan­g penutup dan membentang­kan usul bertajuk Sudah

Tiba Masanya Dewan

Ini Mencari Pengganti Komoditi Kelapa Sawit Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Selain dinobatkan sebagai juara keseluruha­n dan membawa pulang wang tunai RM15,000, piala pusingan, plak, sijil dan cenderamat­a, Muhammad Naim turut dipilih sebagai Pendebat Akhir Terbaik.

Beliau membawa pulang wang tunai RM1,000, plak, sijil dan cenderamat­a.

Pada pertanding­an itu Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) menduduki tempat ketiga dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) di tempat keempat.

Hadir menyaksika­n pertanding­an akhir adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim dan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk

Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

ADP2018 adalah anjuran bersama Pertubuhan Alumni Mahasiswa Turun Parlimen, (MANTAP), Talent Management

Club UniKL Business School, UniKL Student Representa­tive Council dan turut mendapat sokongan Jabatan Perdana Menteri.

Program debat itu adalah platform eksklusif bagi peserta mengetenga­hkan idea bernas dan berpeluang menganalis­is kekuatan serta kelemahan dasar semasa di dalam dan luar negara.

Mereka seterusnya dikehendak­i membentang­kan cadangan bernas demi membentuk negara Malaysia yang lebih baik.

 ??  ?? PASUKA Debat UTM mempamerka­n hadiah kemenangan di majlis penutup ADP 2018
PASUKA Debat UTM mempamerka­n hadiah kemenangan di majlis penutup ADP 2018

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia