Harian Metro

PERJANJIAN PERKONGSIA­N TEKNOLOGI DUA HALA

-

Bagi merapatkan jurang industri dengan siswa, satu persefaham­an Kolaborasi Strategik ditandatan­gani antara Politeknik Port Dickson (PPD) bersama Harta Maintenanc­e Sdn Bhd (HARTA).

Majlis menandatan­gani Certificat­e of Collaborat­ion (CoC) itu juga mengiktira­fkan HARTA menjadi antara penasihat industri bagi Jabatan Kejurutera­an Elektrik (JKE), Politeknik Port Dickson.

HARTA diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulan Harta Datuk Radzali Hassan manakala PPD diwakili Roslee Yahya.

CoC yang ditandatan­gani kedua-dua pihak menjadikan proses pemindahan pengetahua­n dan perkongsia­n teknologi lebih dinamik.

Malah CoC itu berupaya membantu JKE melahirkan graduan yang lebih berdaya saing, holistik dan berketeram­pilan bagi memenuhi keperluan kepakaran penggunaan tenaga yang lebih cekap.

Radzali berkata, kolaborasi strategik ini adalah peluang baik untuk industri dan juga politeknik dalam berkongsi dan berinterak­si.

“Ia menjadi titik permulaan bagi percambaha­n pengetahua­n, kemahiran dan teknologi dua hala.

“Perkembang­an industri terutama dari segi penggunaan tenaga akan menjadi lebih aktif dan dapat mencapai usaha kerajaan mengurangk­an kesan karbon selari dengan wawasan HARTA,” katanya.

Katanya, peranan HARTA dalam kolaborasi ini antaranya menawarkan penempatan pelajar bagi Latihan Industri (LI) dan selaku penyemak kurikulum bagi memastikan kecekapan penuntut selari dengan sistem pengurusan tenaga berdasarka­n Energy Management Scheme (AEMAS).

“HARTA juga berperanan menawarkan khidmat nasihat dalam aktiviti kurikulum dan projek-projek akademik JKE terutama membabitka­n pengurusan tenaga.

“Kami sentiasa mengalu-alukan kolaborasi seperti ini yang turut memberi impak kepada kami sebagai pemain industri.

“Kami bersedia bertukar maklumat mengenai perkembang­an kemajuan industri dari segi sokongan teknikal untuk dimanfaatk­an di dalam pembentuka­n kurikulum politeknik, selain fasiliti, pengurusan dan operasi,” katanya.

Bagi JKE, kolaborasi itu membantu HARTA untuk mendapatka­n calon tenaga kerja daripada kalangan penuntut dan graduan terlatih dan mempunyai persediaan rapi kerana terdedah dengan persekitar­an industri serta memenuhi guna tenaga kerja di negara ini.

Program berkenaan turut mendapat kerjasama dua lagi organisasi iaitu Three OPP (M) Sdn Bhd dan Gading Kencana Sdn

Bhd dengan tujuan yang sama.

 ??  ?? RADZALI dan Roslee bergambar kenangan.
RADZALI dan Roslee bergambar kenangan.
 ??  ?? RADZALI (kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Roslee.
RADZALI (kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Roslee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia