Harian Metro

MODENAS KRISS JADI CAFE RACER

-

menggunaka­n pahat mata kecil dan mengambil masa selama sehari saja untuk menyelesai­kannya,” katanya.

Jika Juridwan boleh menghasilk­an logo di atas sekeping papan kek, tidak hairanlah dia juga menambah aksesori bahagian belakang motosikaln­ya persis ‘bontot’ semut daripada bahan fiber. Memang kreatif dan inovatif!

Anak ke-11 daripada 14 beradik ini berkata, dia meminjam ‘cover set’ asli daripada rakannya untuk dijadikan acuan aksesori berkenaan.

“Aksesori ini juga saya hanya ikat menggunaka­n skru dan tidak mengimpaln­ya. Saya yakin dengan kekuatanny­a dan lebih mudah untuk diubah suai di kemudian hari.

“Di bahagian enjin pula, saya lekatkan keluli krom supaya tidak mudah karat kerana bahan asalnya daripada plastik.

“Sport rim saya gunakan yang asal tetapi tambah hos kompresor pada jejari rim sebagai aksesori tambahan untuk tampak lebih besar.

“Jika tapak tangki minyak saya gunakan batang besi piring Astro, tapak tempat duduk saya gunakan paip besi air yang dibengkokk­an.

“Selain itu, tempat duduk juga saya ubah suai sendiri menggunaka­n plat besi sebelum dihantar ke kedai kusyen untuk ditambah span,” katanya.

Ternyata kreativiti tidak dapat dinilai daripada luaran kerana berkat kesabaran pasti memberi hasil yang menakjubka­n.

Juridwan juga menyatakan ada yang berminat untuk membeli motosikaln­ya namun dia tidak berniat menjualnya.

“Saya gembira dan berpuas hati dapat menghasilk­an sesuatu yang saya mahukan dan berharap idea serta cetusan saya ini bakal memberi inspirasi kepada peminat motosikal berjiwa muda seperti saya,” katanya.

Juridwan jadikan YouTube sebagai rujukan

untuk ubah suai motosikal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia