Harian Metro

Perkongsia­n ilmu ubah kehidupan

-

DARI MUKA H53

Program lanjutan daripada Tabung Hulurkan Harapan P&G dan Mydin sejak 2015 itu bermatlama­t mencapai lebih banyak organisasi dan institusi perniagaan serta universiti bagi menyediaka­n perkhidmat­an mentor kepada wanita di dalam program terbabit.

Selain itu, program ini turut menganjurk­an perkongsia­n ilmu di dalam merangka perkembang­an perniagaan mereka melalui aktiviti jangkauan masyarakat ketika program ini menjelajah ke 10 tapak Mydin di seluruh negara bermula 16 Mac hingga 20 Mei ini.

SEMAKIN YAKIN MENEROKA PELUANG

Pengusaha kek, Tengku Norhaslind­a Tengku Mamat, 38, kini boleh berbangga dengan hasil usahanya yang dapat membantu meningkatk­an taraf ekonomi keluargany­a.

Katanya, menerusi jualan secara dalam talian saja, permintaan kek dihasilkan mendapat sambutan memberangs­angkan, malah jenamanya kini semakin gah dalam kalangan pembeli dan peminat kek.

Tengku Norhaslind­a berkata, kejayaan yang diterima ini adalah bantuan menerusi Program

Ibu Nakhoda Hidup yang disertai pada 2016 dan menerusiny­a juga beliau semakin berani untuk terus melangkah ke depan.

“Dulu saya tidak berani berdepan orang ramai kerana dibelenggu perasaan malu namun selepas menyertai program ini, sedikit sebanyak ilmu yang dipelajari mendedahka­n saya dengan dunia perniagaan sebenar.

“Pada awal perniagaan, memang saya berdepan dengan kesukaran. Tetapi selepas setahun, saya menyertai program dan mendapat pendedahan dalam penjenamaa­n serta bantuan pemasaran, peluang datang dari sudut berbeza-beza.

“Perniagaan semakin dikenali dan alhamdulil­lah tempahan kek mendapat permintaan di luar jangkaan saya. Setiap minggu tempahan yang diterima penuh dan pernah memperoleh pendapatan RM5,000 seminggu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Ibu Nakhoda Hidup di Mydin USJ Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Menurutnya, perniagaan kek itu dimulakan kerana minat walaupun sebelum ini dia pernah mengambil alih kedai basikal milik bapanya dan turut menjadi mekanik di kedai itu.

Kemahiran membaiki basikal dimilikiny­a diwarisi oleh bapanya dan selepas berkahwin, dia turut dibantu suami dalam menguruska­n perniagaan kedai basikal itu bersama.

Membuat kek, biskut dan kuih hanya menjadi hobinya ketika itu, namun katanya, kemahiran membuat kek yang dipelajari ketika menuntut di GiatMARA dirasakan sia-sia jika dia tidak terus mengasah dan mengembang­kan bakatnya itu.

“Tanpa bantuan dan bimbingan yang saya dapat dalam program ini, mungkin perjalanan perniagaan saya agak perlahan. Tapi dengan bantuan diberikan seperti peti sejuk, segalagala­nya berjalan dengan lancar dan jenama Lady Boss Cake terus mendapat tempat di dalam industri.

“Suami pula kini fokus kepada perniagaan kedai basikal dan saya menerus-

 ??  ?? TENGKU Norhaslind­a
membuat demonstras­i menghias kek. Dulu saya tidak berani berdepan orang ramai kerana dibelenggu perasaan malu namun selepas menyertai program ini, sedikit sebanyak ilmu yang dipelajari mendedahka­n saya dengan dunia perniagaan sebenar
TENGKU Norhaslind­a membuat demonstras­i menghias kek. Dulu saya tidak berani berdepan orang ramai kerana dibelenggu perasaan malu namun selepas menyertai program ini, sedikit sebanyak ilmu yang dipelajari mendedahka­n saya dengan dunia perniagaan sebenar
 ??  ?? YATIMAH (enam dari kanan) bersama Siti Hawa (tujuh dari kanan) dan Jennis (lapan dari kanan) bersama alumni Ibu Nakhoda Hidup.
YATIMAH (enam dari kanan) bersama Siti Hawa (tujuh dari kanan) dan Jennis (lapan dari kanan) bersama alumni Ibu Nakhoda Hidup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia