Harian Metro

BISNES DALAM TALIAN LUMAYAN

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Perkembang­an teknologi menjadikan urus niaga dalam talian begitu mudah dilakukan dan wanita terutama yang perlu meninggalk­an kerjaya untuk menjaga anak dan keluarga boleh memanfaatk­an peluang bagi menambah pendapatan.

Melalui perniagaan dalam talian juga, wanita dapat menyeimban­gkan perniagaan dengan tuntutan tanggungja­wab keluarga terutamany­a kepada suami dan anak-anak sekali gus masalah dan konflik kekeluarga­an yang sebelum ini membelengg­u mereka dapat diatasi.

Perkara itu diakui Pengasas bersama Bedak Sejuk Puspawangi, Farah Suzie Suleiman bahawa peluang perniagaan dalam talian sebenarnya boleh memberikan pulangan lumayan.

Menjalanka­n perniagaan bersama saudaranya, Megawati Ismail, katanya, perniagaan dalam talian diketengah­kan mereka juga tidak memerlukan modal besar sekadar RM500.

“Memandangk­an kami berdua tidak bekerja, agak mustahil hendak mengeluark­an modal besar untuk berniaga.

Jadi, kami gunakan resipi turun temurun untuk menghasilk­an bedak sejuk yang tidak memerlukan kos penghasila­n yang tinggi

“Kini, perniagaan bedak sejuk dikendalik­an sejak tiga tahun lalu sudah mampu menghasilk­an hampir

500 botol bedak setiap bulan untuk memenuhi permintaan pelanggan di seluruh negara," katanya pada majlis pelancaran program bimbingan dalam talian Projek 12 Purnama dikendalik­an Gen Ultra, baru-baru ini.

Farah antara 18 orang tenaga pengajar bertauliah dalam bidang perniagaan masing-masing membuka peluang kepada usahawan dalam talian untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar bagi mengembang­kan perniagaan yang diterokai.

Selain ilmu perniagaan dalam talian, ahli berdaftar Geng Ultra yang terdiri daripada 60 orang turut didedahkan dengan strategi pemasaran dan rangkaian atau networking secara berkesan.

Seorang lagi tenaga pengajar, Nor Dayana

Mohd Zaini Wong berkata, jatuh bangunnya dalam perniagaan juga diharapkan dapat membantu lebih ramai usahawan dalam talian untuk memotivasi­kan diri melalui perkongsia­n ilmu.

Menurutnya, kejayaan dikecapi turut membolehka­n untuk mengedarka­n buku hasil penulisann­ya bertajuk Bisnes 6 Angka Sebulan Melalui #Instagram menceritak­an pengalaman jatuh bangunnya menaikkan jenama produk diasaskan sendiri, Lovera.

“Pembabitan dalam perniagaan mulanya kerana saya terpaksa mencari sumber kewangan untuk membantu keluarga pada 2014 dan ketika itu pula saya mengandung anak sulung.

“Selepas tiga tahun bekerja di Pulau Pinang, saya mula rasa ia tidak sesuai dengan diri. Jadi, saya mengambil keputusan nekad untuk berhenti selepas berkahwin dan tinggal bersama suami di Shah Alam.

“Namun, selepas mendapat berita mengenai kehamilan, baru saya sedar apabila ahli keluarga bertambah, kita memerlukan sumber kewangan untuk simpanan selain perbelanja­an diri.

“Kini, produk keluaran saya berjaya memenangi hati ramai wanita berumur 16 hingga 30 tahun. Malah,

Tauke bedak sejuk tidak perlukan modal besar untuk pasarkan barang

jenama ini juga berjaya menembusi pasaran Singapura dan Brunei.

“Dalam tempoh 10 tahun akan datang, saya mahu terus membantu ramai usahawan lain mengembang­kan perniagaan mereka dan menjadi aktivis sosial,” katanya.

Azamnya mahu membantu wanita seperti ibu tunggal untuk menjana pendapatan tambahan bagi membantu keluarga malah ada di antara ejennya berjaya mengaut keuntungan sehingga mencecah empat angka.

Sementara itu, pengalaman jatuh merudum dalam dunia perniagaan mendorong Ku Addy Fazly Ku Raden menubuhkan landasan dalam talian, digelar Geng Ultra bagi membimbing usahawan untuk melangkah terus dalam bidang perniagaan.

Katanya, menerusi projek itu ia diharap dapat menjadi platform tepat untuk usahawan dan bakal usahawan mempelajar­i teknik pemasaran dengan betul.

“Terdapat 18 topik disediakan antaranya Strategi Pemasaran dan Penjenamaa­n, Teknik Pengiklana­n FB, Teknik Google dan Seni Berbicara disampaika­n oleh guru yang pakar dalam bidang masingmasi­ng dan ilmu terkini yang padat serta lengkap disediakan dalam bentuk 1,000 video dan audio.

“Peserta program ini juga akan mempelajar­i teknik berkaitan secara langkah demi langkah menerusi panggilan telefon.

“Untuk menjadi usahawan yang maju dan berdaya saing, semua usahawan perlu melengkapk­an diri dengan ilmu pengetahua­n serta cara pemasaran terkini seperti yang diamalkan oleh ramai ahli perniagaan yang berjaya,” katanya.

Ini kerana katanya, bidang perniagaan bergerak seiring dengan perkembang­an teknologi masa kini dan cabaran utama usahawan sekarang adalah penggunaan platform maya atau Internet.

Oleh itu katanya, produk dan perkhidmat­an yang ditawarkan haruslah seiring dengan pemodenan agar dapat bersaing dengan pasaran luar, di samping memenuhi keperluan dan kehendak pengguna yang pelbagai.

 ??  ?? BARISAN pengajar dalam program bimbingan dalam talian Projek 12 Purnama.
BARISAN pengajar dalam program bimbingan dalam talian Projek 12 Purnama.
 ??  ?? FARAH (kanan) dan Megawati mengusahak­an produk
bedak sejuk.
FARAH (kanan) dan Megawati mengusahak­an produk bedak sejuk.
 ??  ?? NOR Dayana berbangga berkongsi ilmu perniagaan menerusi bukunya.
NOR Dayana berbangga berkongsi ilmu perniagaan menerusi bukunya.
 ??  ?? KU Addy memperkena­lkan program bimbingan untuk bantu usahawan.
KU Addy memperkena­lkan program bimbingan untuk bantu usahawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia