Harian Metro

SI KACAK TAUKE KECANTIKAN

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Jaga pemakanan, kulit secara berterusan setiap kali mulakan rutin harian

Impian hidupnya besar. Dia mahu membuktika­n lelaki juga mampu berjaya dalam bidang kecantikan yang lebih sinonim dengan wanita dan pada masa sama membantu semua golongan untuk menjana pendapatan.

Dia semakin menghampir­i impiannya untuk melakar kejayaan dalam usia muda bukan saja di negara ini malah di negara jiran dalam memperkena­lkan jenamanya.

Anak muda kelahiran Jitra, Kedah yang baru berusia 22 tahun ini tidak terkenal seperti nama besar dalam bidang kecantikan namun semangat dan usahanya wajar dicontohi.

Memulakan perniagaan sejak berusia 14 tahun ketika masih di bangku sekolah, Mohamad Khawarizmi Noor Rizan atau lebih dikenali dengan panggilan Tuan Sam Wong berkata, minat dalam perniagaan membuatkan dia cuba menceburi bidang itu walaupun pada usia yang sangat muda.

“Ketika itu saya lihat pelbagai perniagaan rancak dijalankan secara atas talian di laman sosial terutamany­a Facebook yang membuatkan saya tertarik untuk menjana pendapatan sendiri.

“Walaupun masih terlalu muda tetapi saya berjaya buktikan usia bukan penghalang untuk berjaya. Asalkan bijak mencari peluang dan menguruska­n kewangan dengan baik segalanya bukan penghalang,” katanya.

Menurut Mohamad Khawarizmi, dia tidak mempunyai latar belakang dalam bidang perniagaan juga tidak dikeliling­i individu yang terbabit dalam bidang ini.

“Semuanya saya mulakan sendiri. Saya atur hidup sebaik mungkin selain fokus dengan matlamat dan impian yang mahu dikecapi. Syukur, akhirnya saya berjaya memiliki perniagaan dengan jenama sendiri.

“Mungkin bagi sesetengah individu, saya masih terlalu muda tetapi saya sudah mampu menguruska­n perniagaan dengan baik walaupun perlu melalui pelbagai suka duka sebelum berada pada tahap ini,” ujarnya.

Mohamad Khawarizmi yang juga pengasas jenama kecantikan Glamrose Legacy Marketing berkata, dia juga tidak terlepas daripada cengkaman duri cabaran apatah lagi bagi anak muda sepertinya yang tiada asas perniagaan.

“Saya bermula dengan menjadi ejen dan stokis pelbagai produk. Jika diingat kembali semuanya seolah-olah mimpi kerana saya memberanik­an diri menjalanka­n perniagaan ketika belajar di tingkatan dua.

“Pelbagai strategi saya jalankan supaya produk yang saya jual itu dibeli pelanggan. Syukur, pengalaman itu rupanya mematangka­n saya. Saya tahu, untuk mempunyai perniagaan sendiri, kita perlu buang perkataan putus asa daripada hidup. Yang mesti ada ialah gigih, berusaha, rajin mencari ilmu dan berdoa kepada Allah,” katanya.

UBAH PERSEPSI MASYARAKAT

Mohamad Khawarizmi berkata, dia memilih bidang kecantikan sebagai sumber utama perniagaan­nya kerana yakin semua individu mahu kelihatan cantik setiap hari.

“Tidak kira lelaki mahupun wanita, semua orang mahu tampil cantik dan menyerlah. Oleh itu, saya yakin ia adalah bidang perniagaan paling tepat yang sesuai saya jalankan.

“Walaupun berdepan saingan sengit daripada pelbagai jenama kecantikan yang muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan namun saya yakin pengalaman yang saya ada mengatasi segalanya,” katanya.

Tambahnya, bagi mengembang­kan perniagaan­nya, dia turut mengorbank­an usia mudanya untuk berseronok kerana hampir keseluruha­n masanya dihabiskan dalam bidang ini.

“Hidup saya ditumpukan sepenuhnya pada perniagaan, saya tidak mahu gagal kerana tahu bagaimana susahnya untuk berada pada tahap ini.

“Setiap hari juga saya cabar diri untuk berjaya kerana yakin hanya diri sendiri yang mampu mengubah kehidupan. Saya juga gembira kerana dapat membantu semua ejen dan stokis menjana pendapatan diri melalui penjualan produk saya,” ujarnya.

Anak muda yang menjadikan jutawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida dan usahawan kosmetik Nur Sajat sebagai idolanya berkata, kedua-duanya mempunyai kisah tersendiri yang boleh dijadikan pemangkin semangat.

“Walaupun ada segelintir individu yang mengecam mereka namun bagi saya apa yang dikecam itu lebih kepada personalit­i bukan strategi perniagaan.

“Mereka berjaya, semangat dan bijak. Itulah yang sewajarnya dicontohi bukannya dikutuk,” katanya.

Mohamad Khawarizmi mengakui untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam memperkena­lkan jenamanya bukanlah perkara mudah.

"Ia adalah perkara yang paling sukar kerana kita perlu bersaing dengan jenama tempatan dan antarabang­sa yang sudah lama mendapat tempat dalam hidup masyarakat.

“Namun, saya yakin dengan pengalaman yang ada, suatu hari nanti saya juga mampu berdiri sama tinggi dengan nama-nama besar pengasas bidang kecantikan lain,” ujarnya.

 ?? Mohamad Khawarizmi ?? MEMULAKAN perniagaan sejak berusia 14 tahun memberi satu kelebihan kepada Mohamad Khawarizmi. Saya bermula dengan menjadi ejen dan stokis pelbagai produk. Jika diingat kembali semuanya seolah-olah mimpi kerana saya memberanik­an diri menjalanka­n...
Mohamad Khawarizmi MEMULAKAN perniagaan sejak berusia 14 tahun memberi satu kelebihan kepada Mohamad Khawarizmi. Saya bermula dengan menjadi ejen dan stokis pelbagai produk. Jika diingat kembali semuanya seolah-olah mimpi kerana saya memberanik­an diri menjalanka­n...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia