Harian Metro

Laluan dipermudah

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Tinggalkan kerjaya di awan biru selepas

‘cemburu’ dengan kejayaan rakan

Demi cinta mendalam terhadap dunia lakonan, Hafiz Bahari, 27, mengambil keputusan meletak jawatan sebagai pramugara dan kembali aktif beraksi depan kamera.

Jejaka kelahiran Ampang, Kuala Lumpur ini memulakan kerjaya seninya sebagai pengacara dan mengendali­kan program seperti Iwana dan Selamat Pagi Malaysia.

Ditawarkan bernaung di bawah syarikat pengurusan MIG Production, Hafiz melihat peluang itu ibarat pepatah orang mengantuk disorongka­n bantal, apatah lagi waktu itu dia berhasrat mengembang­kan bakat dalam dunia lakonan.

Ditemui barubaru ini, pelakon yang pernah membintang­i drama Papa Ricky dan filem Abang Long Fadil 2, itu menjelaska­n persaingan yang sengit membuatkan dia nekad mencari kerja tetap demi masa depan yang lebih baik.

“Bukan saya kata dunia lakonan tidak menjanjika­n kehidupan yang lebih baik. Cuma sebagai orang yang baru hendak bertapak pendapatan diperoleh tidak besar sedangkan ketika itu tanggung jawab agak besar.

“Keluarga saya bukanlah orang senang jadi suka atau tidak saya terpaksa melupakan dunia lakonan buat seketika dan cuba mencari pendapatan tetap. Tawaran menjadi pramugara saya terima kerana imbuhannya lebih.

“Di samping bekerja saya dapat melihat negara orang. Bayangkan kalau hendak bercuti dengan duit sendiri belum tentu saya mampu,” katanya.

Namun selepas tiga tahun bertugas di awan biru, Hafiz berasakan keinginann­ya untuk kembali berlakon membuakbua­k. Apatah lagi apabila melihat beberapa rakan seangkatan sudah berjaya mencipta nama sebagai pelakon.

“Mungkin selama ini impian yang disimpan menjadi satu doa dan sekarang ia dimakbulka­n Allah. Apabila saya membuat keputusan untuk kembali aktif, laluan seperti dipermudah­kan. Banyak tawaran diterima termasuk membintang­i beberapa filem, antaranya yang sedang dan akal ditayangka­n Enjin No 9 serta Qhalif,” katanya.

Lebih membuatkan

Hafiz yakin untuk terus aktif berlakon apabila bapa saudaranya, Engku Azali memintanya untuk menjadi penerbit eksekutif dan dan menguruska­n produksi yang diusahakan.

“Filem Enjin No 9 adalah produksi filem pertama syarikat kami Rangkaian Melati Production Sdn Bhd dan dalam waktu sama kami juga bakal menerbitka­n beberapa drama.

“Selain berlakon saya kini sibuk dengan kerja belakang tabir. Kepuasanny­a lebih apabila karya yang mahu diterbitka­n itu diterima stesen TV.

“Sebagai penerbit eksekutif, saya turun naik stesen TV untuk menjual cadangan penerbitan. Ia satu pengalaman baru tetapi bukan asing kerana saya tahu bagaimana ia dilaksanak­an sebelum ini,” katanya.

Kata Hafiz lagi, untuk memastikan apa yang dilakukan itu berjaya, dia sentiasa menjadikan pengarah prolifik Along Kamaludin sebagai contoh.

“Tidak dinafikan Along adalah orang yang bertanggun­gjawab menarik dan mendidik saya untuk menjadi pelakon. Dari awal hinggalah sekarang boleh dikatakan sebahagian besar drama yang saya jayakan adalah arahan Along.

“Sepanjang berlakon dengannya banyak perkara yang saya belajar. Along antara penggiat seni yang bermula dari bawah. Dia bermula dengan menjadi pelakon dan kini sudah menjadi engarah dan penerbit.

“Saya juga mahu mengikut jejak langkahnya dan menjadi penerbit eksekutif di Rangkaian Melati Production Sdn Bhd adalah langkah awal sebelum menubuhkan produksi sendiri serta menjadi pengarah satu hari nanti,” katanya.

 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia