Harian Metro

Tak malu dedah cerita di ranjang

-

berbuat sedemikian semata-mata untuk memutuskan hubungan mereka.

Mujur selebriti wanita itu tidak termakan pujuk rayu bekas kekasihnya. Namun malang untuk pasangan itu apabila percintaan mereka berakhir dengan perpisahan atas desakan keluarga.

SS: Ramai menyampah dengan sikap kepurapura­an pelakon wanita kecil molek ini. Betul kata orang, kalau perasaan malu sudah tidak ada dalam diri apa saja sanggup dibuat.

Begitulah kisah pelakon wanita ini yang selamba dan tanpa rasa segan silu berkongsi kisah seks dengan seorang pelakon dari negara seberang.

Menurut rakan SS, pelakon wanita itu secara terbuka mengakuiny­a apabila secara kebetulan rakan lain bercerita mengenai ketampanan dan bentuk tubuh sado dimiliki pelakon lelaki terbabit.

Pelakon wanita itu dengan bangganya membuka setiap inci apa dilakukan dengan pelakon lelaki terbabit. Malah, dia turut menggambar­kan saiz ‘barang kemas’ pelakon itu.

Rakan SS yang mendengar cerita itu seperti mahu termuntah kerana pelakon wanita terbabit tidak berhenti mengagungk­an kehebatan pelakon lelaki berkenaan ketika di ranjang.

Paling menjijikka­n, pelakon wanita itu juga mendedahka­n dia sudah terlanjur dengan beberapa selebriti ternama dalam dan luar negara.

Sebagai wanita, rakan SS berasa cukup malu apatah lagi pada waktu itu terdapat beberapa kenalan lelaki lain turut mendengar kisah seks pelakon wanita itu.

SS: Orang lain sudah tahu pasangan berkenaan sudah berkahwin, tapi tidak perlulah setiap masa nak maklumkan perkara itu. Menyampah!

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia