Harian Metro

Ajal ke Tanah Merah

- Attirmidzi­e Rahman cnews@nstp.com.my

 Bekas guru besar meninggal kereta dipandu bertembung lori

Bekas guru besar Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Abdul Hamid Satu di sini, maut manakala isterinya cedera ringan apabila kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Jalan Pasir Mas-Tanah Merah di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7.45 pagi, Md Saffie Md Ali, 64, yang memandu kereta jenis Perodua Axia maut di tempat kejadian.

Anak mangsa, Md Samsuza, 38, berkata, dia mengetahui kejadian itu pada jam 7.51 pagi selepas dihubungi ibunya yang masih berada di tempat kejadian pada waktu itu.

Menurutnya, arwah bapa bersama ibunya dalam perjalanan ke Padang Siam, Tanah Merah untuk menziarah saudaranya yang uzur.

“Sebelum ini, saya dimaklumka­n oleh arwah ayah yang dia bersama mak akan ke Tanah Merah hari ini (semalam) melawat saudara sebaik selesai solat Subuh di Masjid Slow Machang.

“Saya amat terkejut apabila mak menghubung­i dan memberitah­u dia dan arwah ayah terbabit dalam kemalangan,” katanya ketika ditemui di Hospital Pasir Mas di sini, semalam.

Katanya, dia bergegas ke tempat kejadian dan mendapati ayah sudah meninggal dunia kerana parah di dada dan kepala.

Katanya, ibunya pula hanya mengalami cedera ringan selain sesak nafas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah ketika dihubungi mengesahka­n kejadian terbabit.

“Kemalangan itu berlaku apabila Perodua Axia yang datang dari Pasir Mas cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya sebelum bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentang­an.

“Siasatan lanjut dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN kereta Md Saffie (gambar kecil) dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Pasir Mas-Tanah Merah.
KEADAAN kereta Md Saffie (gambar kecil) dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Pasir Mas-Tanah Merah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia