Harian Metro

Tak sabar huni rumah baru

-

Bernam: Selepas hampir enam bulan menyewa, sepasang suami isteri warga emas bakal menikmati rumah baru selepas kediaman mereka sebelum ini hangus terbakar pada 27 Oktober lalu.

Malah, Kalsom Basir, 72, dan suaminya, Idris Hamidun, 77, dijangka merayakan Aidilfitri di rumah baru yang dijangka siap dibina dalam tempoh sebulan.

“Dari jauh kamu semua datang semata-mata untuk membantu kami sekeluarga, saya ucapkan jutaan terima kasih.

“Walaupun peristiwa kebakaran hampir setengah tahun berlalu, ia tidak mematahkan semangat untuk saya membina semula kehidupan di sini bersama insan tersayang,” katanya.

Terdahulu, warga emas itu menerima bantuan Projek Pembinaan Semula Rumah Terbakar Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS7) di Tebuk Montel Selatan, Bagan Nakhoda Omar (BNO), di sini, semalam.

Menurut Kalsom, meskipun majlis hanya bermula pada jam 9 pagi, dia sekeluarga bersemanga­t dan datang dua jam awal.

Katanya, selain menerima bantuan bina semula rumah, dia teruja mendengar amanat disampaika­n Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh.

“Tiada perkataan yang dapat saya luahkan, hanya mengucapka­n syukur tidak terhingga. Harapan sebelum menjelang Aidilfitri, saya mahu kumpulkan lapan anak secara serentak di rumah baru ini,” katanya yang turut ditemani anak mereka, Kamarul Arifin Abdullah, 46.

Pada masa sama, Kalsom sekeluarga turut mengucapka­n berterima kasih kepada Kerajaan Persekutua­n yang bermurah hati membayar sewa rumah sementara sebanyak RM400 sebulan.

“Selepas kejadian itu, mereka (Kerajaan Persekutua­n) menyediaka­n rumah untuk saya di sebuah taman perumahan di pekan BNO dan bayaran bulanan ditanggung sepenuhnya.

“Malah, saya terharu apabila bantuan datang mencurah tanpa henti dan menganggap ini sebahagian daripada nikmat yang diberi Allah,” katanya.

 ??  ?? MAJLIS simbolik meletakkan simen sempena program NBOS7 di Tebuk Montel Selatan.
MAJLIS simbolik meletakkan simen sempena program NBOS7 di Tebuk Montel Selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia