Harian Metro

TALIAN HAYAT KUTUPALONG

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@nstp.com.my

NGO Rose2Rose buka pusat komuniti bantu 3,000 wanita, kanak-kanak perempuan

Kuala Lumpur

Kira-kira 3,000 wanita dan kanak-kanak pelarian etnik Rohingya yang berlindung di kem Kutupalong, Cox’s Bazar, Bangladesh bakal menerima manfaat pendidikan, latihan vokasional dan sokongan kaunseling menerusi pembukaan Pusat Komuniti Wanita dan Kanak-Kanak hasil inisiatif pertubuhan bukan kerajaan,

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Humanitari­an Care Malaysia merangkap Penasihat Rose2Rose, Dr Fauziah Mohd Hasan berkata, lebih 51 peratus daripada sejuta pelarian Rohingya yang berlindung di sekitar Cox’s Bazar adalah wanita.

“Mereka lebih berisiko terdedah dipergunak­an untuk perdaganga­n seks, keganasan fizikal dan kebanyakan­nya membesarka­n anak sendirian tanpa tempat bergantung dan punca pendapatan.

“Jumlah mereka yang sangat ramai membuatkan kami tidak mampu untuk memberi bantuan wang berterusan kepada mereka. Justeru, kami mengambil inisiatif membangunk­an pusat ini,” katanya ketika merasmikan pusat itu sempena Misi Kemanusiaa­n

bermula Khamis lalu, semalam.

Sempena misi berkenaan, mereka turut mengedarka­n pek makanan kepada pelarian Rohingya dan memantau penyerahan rumah perlindung­an dilengkapi kipas angin serta panel solar kepada 50 keluarga pelarian yang berlindung di kem Balukhali, Ukhia.

Menurutnya, pusat berkenaan yang bakal beroperasi pertengaha­n bulan ini akan dijadikan sebagai pusat menjalanka­n aktiviti dan memperkasa­kan golongan wanita serta kanak-kanak yang menetap di kem berkenaan.

“Objektif penubuhan pusat komuniti ini pada asalnya bagi memberi peluang kepada wanita yang kehilangan suami akibat konflik peperangan di negara bergolak supaya kemahiran mereka dibangunka­n untuk kelangsung­an hidup.

“Wanita mahupun ibu tunggal akan dibekalkan dengan kemahiran vokasional seperti kelas menjahit dan memasak, mengaji serta solat, manakala anak mereka pula boleh menggunaka­n kemudahan permainan disediakan di pusat itu ketika ibu mereka menghadiri kelas berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, semua pelarian terpilih akan menerima latihan enam kali seminggu daripada guru etnik Rohingya berpengala­man dan ilmu dipelajari boleh dimanfaatk­an untuk menjana pendapatan termasuk mengambil upah menjahit dan sebagainya.

“Mereka akan diberikan latihan selama tiga bulan untuk belajar menjahit dan menjalani ujian latihan dengan menghasilk­an pakaian.

“Selepas melepasi ujian itu, mereka akan diberikan mesin jahit untuk dibawa pulang ke tempat perlindung­an masing-masing bagi tujuan menjana pendapatan sendiri,” katanya.

Selain itu, katanya, pihaknya mengalu-alukan sumbangan orang ramai yang prihatin kepada masyarakat negara bergolak menerusi Humanitari­an Care Malaysia Berhad melalui akaun Maybank 5515750042­99, CIMB Islamic 8602135592 atau Bank Islam 1209201003­4904.

sedang melancarka­n kempen #ImpactAmot­her yang menyasarka­n kutipan dana RM300,000 bagi menampung kos perbelanja­an semasa bagi pusat berkenaan termasuk di Idlib, Syria; Antakya, Turki dan Setapak, Kuala Lumpur untuk pelarian Palestin dan Syria.

“Kos berkenaan meliputi kos pembelian mesin jahit, sewa bulanan, upah guru, peralatan serta kos operasi untuk kesemua pusat berkenaan,” katanya.

 ?? Dr Fauziah Mohd Hasan ?? Mereka akan diberikan latihan selama tiga bulan untuk belajar menjahit dan menjalani ujian latihan dengan menghasilk­an pakaian”
Dr Fauziah Mohd Hasan Mereka akan diberikan latihan selama tiga bulan untuk belajar menjahit dan menjalani ujian latihan dengan menghasilk­an pakaian”
 ??  ?? WAJAH ceria pelarian kanak-kanak etnik Rohingya yang menerima sumbangan alat tulis dan beg sekolah ketika misi kemanusiaa­n MyCARE di Cox’s Bazar.
WAJAH ceria pelarian kanak-kanak etnik Rohingya yang menerima sumbangan alat tulis dan beg sekolah ketika misi kemanusiaa­n MyCARE di Cox’s Bazar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia