Harian Metro

Lelaki memancing di hutan meninggal

-

Gerik: Lelaki dengan berat badan 120 kilogram (kg) meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika mengikuti 28 rakannya untuk memancing di Hutan Royal Belum di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam, Ahirazwin Abdul Ghani, 33, dipercayai tidak sedarkan diri di khemah ketika bermalam di Sungai Ketir di sini.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa bersama 28 rakan mengunjung­i hutan berkenaan untuk memancing di Sungai Kejar dan Sungai Karjang.

Mangsa kemudian bermalam di Sungai Ketir dan ketika berada di kawasan khemah, dia dilihat bersandar pada sebatang pokok sebelum rebah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, Azizul Aswad Asaris berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.30 pagi semalam memaklumka­n kejadian sebelum mengerahka­n dua anggotanya ke Kem Seri Banding dengan menaiki bot untuk mendapatka­n maklumat.

Katanya, pihaknya turut meminta bantuan helikopter Agusta AW139 bagi mengesan lokasi mangsa.

“Bomba menggunaka­n helikopter kerana kesukaran mengangkat mangsa berikutan keadaan fizikalnya selain laluan mengeluark­annya curam dan sempit.

“Mayat diserahkan kepada polis untuk dihantar ke Hospital Gerik dan operasi ditamatkan jam 3.45 petang tadi (semalam),” katanya ketika dihubungi NSTP.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gerik, Superinten­dan Ismail Che Isa ketika dihubungi mengesahka­n kejadian itu dan mengklasif­ikasikan kes sebagai mati mengejut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia