Harian Metro

Langkah seimbang

- Ibrahim Isa

 Negara kurang keluar minyak, jimat rizab dengan GST

Ibrahim_isa@nstp.com.my

Pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) mengurangk­an kebergantu­ngan hasil jualan minyak dan gas negara 15 peratus.

Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, 30 tahun lalu kajian mendapati rizab minyak dan gas hanya mampu bertahan hingga 20 tahun.

“Bagaimanap­un disebabkan GST kita dapat mengurangk­an pengeluara­n minyak dan menjimatka­n rizab.

“Walaupun memperkena­lkan GST kerajaan mengambil langkah pengimbang­an dengan mengurangk­an cukai individu, korporat, industri kecil dan sederhana (IKS) serta pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Agenda Ekonomi Negara Pasca PRU14 di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di sini, malam kelmarin.

Abdul Wahid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, GST di Malaysia enam peratus adalah paling rendah berbanding negara lain di ASEAN dan dunia.

Katanya, kerajaan tidak perlu menaikkan GST, sebaliknya boleh menambah pendapatan menerusi cukai lain.

“Saya yakin mereka (kerajaan) mempunyai perancanga­n masa panjang tersendiri, tetapi jika keadaan ketika itu memerlukan, jika benar-benar memerlukan saya berpendapa­t mereka boleh menaikan cukai lain.

“Tidak semestinya GST, sebaliknya cukai lain yang boleh difikirkan,” katanya.

Menurutnya, pada 2009 defisit fiskal negara daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.4 peratus namun selepas pengenalan GST mencatat penurunan hingga 3.2 peratus.

Pada 2017, katanya, defisit fiskal mencatat tiga peratus dan dijangka berkuranga­n kepada 2.8 peratus tahun ini menerusi perbelanja­an berhemah.

“GST meningkatk­an pendapatan sekali gus menjimatka­n perbelanja­an negara.

“Sebelum ini hanya dua juta penduduk membayar cukai namun pengenalan GST melebarkan kutipan cukai,” katanya.

 ??  ?? ABDUL Wahid (tengah) bersama peserta Majlis Agenda Ekonomi Negara Pasca PRU14 di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, Johor Bahru.
ABDUL Wahid (tengah) bersama peserta Majlis Agenda Ekonomi Negara Pasca PRU14 di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia