Harian Metro

Gelisah bas laju

-

“Sepanjang perjalanan pulang, saya sedar bas dipandu laju sebelum terdengar dentuman kuat di bahagian depan,” kata penumpang bas ekspres, Yap Keng Yin, 19, yang terbabit kemalangan di Kilometer 30.9 Lebuhraya Karak, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, seorang lelaki tempatan maut manakala 15 individu lain cedera selepas bas dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori membawa muatan tanah.

Yap berkata, ketika kejadian dia bersama bapa, ibu, sepupu dan ibu saudaranya menaiki bas berkenaan bersama tujuh penumpang yang juga warga Singapura dalam perjalanan pulang ke negara itu.

Katanya, dia menyedari bas dipandu laju sepanjang perjalanan menyebabka­nnya gelisah.

“Ketika tiba di lokasi itu, saya terdengar dentuman kuat di bahagian depan bas sebelum terjatuh ke lantai akibat pelanggara­n.

“Saya kemudian melihat beberapa penumpang lain menangis, ada yang tersepit sebelum saya dipapah keluar oleh orang ramai yang berada di lokasi,” katanya ketika ditemui di Unit Kecemasan Hospital Selayang di sini, malam kelmarin.

Katanya, akibat kemalangan itu, dia cedera di hidung akibat terhantuk pada lantai bas.

“Ayah pula cedera di bahagian kaki kanan, manakala ibu, sepupu dan ibu saudara cedera di beberapa anggota badan serta muka.

“Mereka kini masih menerima rawatan di hospital akibat kecederaan serius dialami,” katanya yang juga penuntut universiti di Singapura.

Katanya, mereka sudah berada di Malaysia sejak Khamis lalu dan dijadualka­n pulang ke Singapura, kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, seorang lelaki, Carles Lagan, 26, yang juga pelayan penumpang bas berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian jam

 Penumpang cerita detik cemas bas langgar belakang lori tanah

3.50 petang.

“Bas ekspres itu membawa 12 penumpang terdiri daripada pelancong warga Singapura dalam perjalanan dari Genting Highlands menghala ke Kuala Lumpur.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, bas itu melanggar bahagian belakang sebuah lori membawa muatan tanah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Ali berkata, akibat perlanggar­an itu, bahagian depan bas mengalami kerosakan teruk dan mangsa yang cedera parah pada anggota badan akibat tersepit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Sepuluh pelancong bersama dua pemandu bas serta seorang pemandu lori yang cedera ringan dihantar ke Hospital Selayang, manakala dua lagi pelancong dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut. Mayat mangsa pula dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

“Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya. Seorang lelaki ditahan selepas memberitah­u dia membawa bom di Kaunter Kelas Perniagaan Lapangan Terbang Sandakan, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, suspek berusia 42 tahun yang dipercayai ingin menaiki penerbanga­n ke Kuala Lumpur ditahan kerana melakukan ugutan jenayah.

Difahamkan, ketika mendaftar masuk dan ditanya petugas lapangan tebang berhubung kandungan barang dibawa dalam bagasinya, pada awalnya suspek memberitah­u ia makanan kering namun sebaik ditimbang, ia melebihi had berat.

Bagaimanap­un, selepas ditanya sekali lagi kandungan barang terbabit beberapa kali, lelaki itu menjawab dia membawa bom.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, selepas menerima laporan itu, polis mengerahka­n sepasukan Unit Pengesan Bom dan Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan untuk menjalanka­n siasatan.

“Sebaik tiba dan menjalanka­n pemeriksaa­n lanjut, beg terbabit disahkan tidak mengandung­i bom.

“Suspek iaitu ahli perniagaan berasal dari Shah Alam, Selangor dan bagasi miliknya dirampas lalu dibawa ke IPD Sandakan untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ?? ANTARA mangsa yang cedera dalam kemalangan membabitka­n bas dan lori.
ANTARA mangsa yang cedera dalam kemalangan membabitka­n bas dan lori.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia