Harian Metro

Tular lelaki rosakkan bendera pilihan raya

-

Kuala Lumpur: Satu rakaman video menunjukka­n tindakan seorang lelaki dipercayai rakyat tempatan merosakkan bendera Barisan Nasional (BN) di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, tular dalam media sosial, semalam.

Video berdurasi 0.41 saat itu dipercayai dirakam seorang pengguna jalan raya yang melalui Jalan Burhanuddi­n Helmi, TTDI, jam 10.30 pagi semalam.

Rakaman itu memaparkan lelaki terbabit mencabut, membuang dan mematahkan beberapa bendera BN di tepi jalan tidak jauh dari Balai Polis TTDI di sini.

Menyedari tindakanny­a itu dirakam, lelaki terbabit kemudian mengeluark­an perkataan dan isyarat lucah terhadap individu merakam tindakanny­a.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Segambut Ahmad Baidzawi Saleh Hamdi berkata, pihaknya kemudian membuat satu laporan di Balai Polis TTDI jam 3 petang semalam.

“Kami mewakili UMNO Bahagian Segambut mengecam tindakan lelaki terbabit yang melakukan perbuatan itu sebagai satu bentuk provokasi dipercayai boleh menghuru-harakan keadaan selepas Parlimen dibubarkan.

“Bayangkan jika ada pihak yang tidak puas hati dengan tindakanny­a, kita percaya berkemungk­inan akan wujudnya tindak balas daripada pihak lain sehingga berlaku pergaduhan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, atas dasar dan sikap matang, UMNO Segambut melakukan langkah sewajarnya iaitu membuat laporan polis dan menggesa siasatan segera dilakukan bagi membolehka­n tindakan undang-undang diambil terhadap pelaku berkenaan.

“Sebenarnya, ini bukan kali pertama bendera atau sepanduk BN dirosakkan dalam Bahagian Segambut, sebelum ini pernah berlaku di Bandar Manjalara, namun ini yang pertama dapat dirakam,” katanya.

 ?? Ahmad Baidzawi Saleh Hamdi ?? VIDEO rakaman lelaki merosakkan bendera yang dilaporkan berlaku di TTDI. Kami mewakili UMNO Bahagian Segambut, mengecam tindakan lelaki terbabit yang melakukan perbuatan itu sebagai satu bentuk provokasi ”
Ahmad Baidzawi Saleh Hamdi VIDEO rakaman lelaki merosakkan bendera yang dilaporkan berlaku di TTDI. Kami mewakili UMNO Bahagian Segambut, mengecam tindakan lelaki terbabit yang melakukan perbuatan itu sebagai satu bentuk provokasi ”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia