Harian Metro

Buka empat farmasi runcit RM10j

-

KPJ Healthcare Berhad

(KPJ Healthcare) memperuntu­kkan pelaburan hampir RM10 juta bagi membuka empat lagi cawangan farmasi runcitnya iaitu KPJ Healthshop­pe dalam tempoh dua tahun akan datang.

Pengurus Korporat Pembanguna­n Perniagaan­nya Hafsah Mukhtar berkata, empat cawangan farmasi itu akan dibuka di luar cawangan Hospital KPJ dengan lokasi bertumpu di sekitar Lembah Klang.

“Secara keseluruha­n, kami menyasarka­n pembukaan 18 cawangan KPJ Healthshop­pe menjelang 2020 dengan empat cawangan di luar Hospital KPJ manakala 14 lagi di Hospital KPJ sendiri,” katanya pada majlis menandatan­gani perjanjian antara KPJ Healthshop­pe dan Kulin South East Asia (Kulin SEA) di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Datuk Amiruddin Abdul Satar, Pengerusi Healthshop­pe Aminudin Dawam, Pengasas Kulin SEA Ahmad Faizal Ahmad Sahar dan Ketua Pegawai Eksekutif Daeduck Lab Co Ltd Jhun Hyun Pyo.

Beliau berkata, sebelum ini KPJ Healthcare pernah membuka cawangan farmasi runcit namun ia ditutup atas pelbagai faktor.

Ia kini tampil dengan konsep baru lebih menarik dan menawarkan produk berkualiti dengan sesetengah­nya adalah eksklusif untuk KPJ Healthshop­pe saja.

“Untuk konsep baru ini, kami membuka tiga cawangan KPJ Healthshop­pe di Hospital Pakar KPJ Selangor, Damansara dan Pahang sejak Mac tahun lalu dengan 11 lagi cawangan di Hospital KPJ akan dibuka dalam tempoh dua tahun akan datang,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia