Harian Metro

MANTAP OPERASI

- Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@nstp.com.my

 Barisan pengurusan baru FGV fokus strategi perkukuh syarikat

FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) akan memberi tumpuan dalam usaha meningkatk­an imejnya tahun ini dan membetulka­n persepsi negatif yang sering dikaitkan dengan syarikat perladanga­n itu.

Dengan barisan pengurusan baru, kemelut pengurusan yang dihadapi tahun lalu selesai dan membolehka­n pengeluar minyak sawit mentah terbesar dunia itu menumpukan strateginy­a bagi memantapka­n operasi dan membawa syarikat ke peringkat yang lebih tinggi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Datuk Zakaria Arshad berkata, beliau kini lebih selesa untuk bekerja bersama dengan barisan pengurusan baru yang mempunyai pengalaman dan kepakaran yang tinggi dalam bidang masing-masing.

Malah, katanya dengan barisan ahli Lembaga Pengarah yang profesiona­l dan berpengeta­huan tinggi dalam bidang masing-masing juga membantuny­a dalam membuat keputusan dengan pandangan yang diberikan.

Beliau juga menegaskan, keputusan kini dibuat secara kolektif yang mana ia dibincangk­an dalam exco bagi mengelak sebarang tohmahan.

“Sekarang lebih senang. Hubungan saya dengan Pengerusi (Datuk Azhar Abdul Hamid) lebih baik, selalu berbincang dan beliau terbuka serta fokus, sekali gus menjadikan saya senang bekerja dengannya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu temu bual ekslusif bersama Media Prima Bhd di sini, Khamis lalu.

Sementara itu, beliau berkata, FGV kini mencatatka­n prestasi yang dikategori­kan sebagai ‘lampu hijau’ apabila 80 peratus perkara yang dirancang berjaya dicapai.

Zakaria berkata, pihaknya memakai sistem lampu trafik hijau, merah dan kuning untuk mengukur prestasi apa yang dirancangk­an.

“Setakat ini, hampir 80 peratus adalah lampu hijau (apa yang dirancangk­an),” katanya.

Menurutnya, FGV komited melaksanak­an usaha memaksimum­kan aset perniagaan­nya bagi meraih pulangan yang lebih baik.

Beliau berkata, tumpuan diberikan untuk melonjakka­n ketiga-tiga perniagaan utamanya iaitu perladanga­n, gula serta logistik dan lain-lain dengan lebih 100 inisiatif dilaksanak­an dan dipantau secara rapat.

 ??  ??
 ?? Zakaria Arshad ?? Hubungan saya dengan Datuk Azhar Abdul Hamid lebih baik, selalu berbincang dan beliau terbuka serta fokus, sekali gus menjadikan saya senang bekerja dengannya”
Zakaria Arshad Hubungan saya dengan Datuk Azhar Abdul Hamid lebih baik, selalu berbincang dan beliau terbuka serta fokus, sekali gus menjadikan saya senang bekerja dengannya”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia