Harian Metro

11 tahun cemerlang

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@nstp.com.my

 Firefly komited kukuh kedudukan sebagai syarikat penerbanga­n premium jarak dekat terulung negara

Sepanjang 11 tahun pembabitan sebagai syarikat penerbanga­n premium jarak dekat, Firefly terus mengukuhka­n kedudukann­ya melalui perkembang­an laluan, pertambaha­n pesawat, peluang pekerjaan dan kecekapan servis.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Ignatius Ong berkata, tahun ini Firefly menyambut ulang tahun yang ke-11 dan syarikat penerbanga­n itu berkembang pesat selari dengan perkhidmat­annya yang diiktiraf menerusi anugerah diterima.

“Ia adalah sambutan ulang tahun kami dan saya berbangga sebagai CEO Firefly yang mana syarikat ini mencapai satu tahap baru dalam sejarah perkembang­an syarikat.

“Bulan ini menandakan kami melengkapk­an 11 tahun Firefly ditubuhkan dan ingin mengucapka­n terima kasih kepada mereka yang memberi sokongan serta menjadi sebahagian daripada syarikat ini,” katanya.

Firefly menawarkan pelbagai destinasi menarik seperti Pulau Pinang, Langkawi, Johor Bahru, Kuantan, Terengganu, Singapura, Phuket (Thailand) dan Banda Aceh (Indonesia).

Selain itu, syarikat penerbanga­n itu memastikan penerbanga­n sampai ke destinasi tepat pada masanya dengan On-Time Performanc­e melebihi kadar 90 peratus.

Ong berkata, sebagai sebahagian daripada sambutan 11 tahun, Firefly memberikan baucar penerbanga­n bernilai RM110 bagi penumpang dengan kekerapan penerbanga­n (frequent

flyers) yang ke-111. “Banyak lagi tawaran menarik akan disediakan jadi jangan lepaskan peluang terbang bersama Firefly. “Teruskan kempen FY is

For You kerana kami akan memberikan hadiah serta barangan eksklusif bagi pelanggan baru FYTV di samping menghargai 11 syarikat seperti media, pelanggan korporat dan ejen pelanconga­n,” katanya. Selain itu, katanya, pihaknya gembira banyak pihak menunjukka­n sokongan serta keyakinan terhadap syarikat penerbanga­n jarak dekat itu.

“Permintaan, cabaran dan maklum balas orang ramai meletakkan kami ke hadapan dan terus berkembang dengan baik.

“Apa sahaja yang kami lakukan di Firefly adalah untuk anda,” katanya.

Firefly menerima pelbagai anugerah dan pengiktira­fan seperti anugerah kategori Pengangkut­an, Pengembara­an dan Pelanconga­n pada 2014 dan pada 2012, meraih Jenama Paling Meyakinkan oleh Putra Brand Awards serta diberikan status Superbrand pada 2011 dan 2017.

 ??  ?? ONG dan Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi Izra Azliana Mohd Izzuddin pada pelancaran kempen Semua Orang Dapat Hadiah, baru-baru ini.
ONG dan Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi Izra Azliana Mohd Izzuddin pada pelancaran kempen Semua Orang Dapat Hadiah, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia