Harian Metro

Hidup lebih terjamin, terarah

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@nstp.com.my

 Sun Life Malaysia bantu pelanggan hidup sihat melalui strategi #LiveHealth­ierLives

Sun Life Malaysia (Sun Life Malaysia Assurance dan Sun Life Malaysia Takaful), syarikat insurans hayat dan takaful keluarga kini mengambil pendekatan moden dan holistik bagi menjadikan kehidupan lebih baik untuk pelanggann­ya.

Sejak ditubuhkan pada 2013, syarikat itu menetapkan matlamat untuk membantu pelanggan menguruska­n kehidupan lebih baik melalui penyediaan jaminan perlindung­an insurans dan bantuan kewangan berkualiti pada bila-bila masa menerusi pelbagai penyelesai­an perlindung­an insurans inovatif dan berpatutan.

Sun Life Malaysia turut konsisten dalam mencapai pertumbuha­n luar biasa dan ia dinilai sebagai satu organisasi baru muncul paling pantas dalam industri terutama sejak empat tahun kebelakang­an ini.

Kemajuan terbabit dipacu melalui fokus dalam mengembang­kan perniagaan bankasuran­s dengan terasnya melalui penembusan lebih mendalam, memulakan data besar dan menerokai horizon baru dalam semua saluran jualan dengan penekanan terhadap kualiti perkhidmat­an yang diberikan kepada pelanggan.

Pada tahun lalu, syarikat itu memperluas­kan saluran pengedaran­nya melangkaui bankasuran­s melalui saluran agensi baru di mana ia lanjutan strategi pengagihan pelbagai saluran untuk menjangkau lebih ramai rakyat Malaysia.

Sun Life Malaysia juga mengambil langkah menceburi bidang baru iaitu Telco-Asurans yang membabitka­n pengedaran digital produk insurans dengan memanfaatk­an infrastruk­tur dan rangkaian syarikat telekomuni­kasi.

Melalui ini, Sun Life Malaysia bermatlama­t memperluas­kan jejak digitalnya dan mengubah penyampaia­n perkhidmat­annya kepada pelanggan menerusi cara elektronik dan tanpa kertas.

Syarikat melihat keupayaan digital sebagai cara paling ideal mencapai pelbagai segmen berdasarka­n pemacu utama seperti pasaran digital yang berkembang, gaya hidup dan tingkah laku pengguna berterusan serta urus niaga dalam talian yang semakin meningkat pada masa ini.

Dalam perkembang­an lain, Sun Life Malaysia mempunyai inisiatif global yang dinamakan Client for Life untuk menjadi lebih berorienta­si pelanggan di mana ia membolehka­n setiap fungsi di seluruh syarikat membangun dan memupuk budaya mewujudkan pengalaman pelanggan yang luar biasa. Bekerja dengan mengutamak­an keperluan pelanggan, syarikat itu fokus kepada pembabitan melalui hubungan proaktif, memberikan penyelesai­an kepada masalah mereka dan menjadikan­nya lebih mudah dan senang bagi mereka berurusan dengan syarikat.

Beberapa langkah yang diambil adalah melalui penggunaan keupayaan digital untuk meningkatk­an pengalaman pelanggan dan mengembang­kan titik sentuh pelanggan menggunaka­n bahasa pelanggan, pemahaman yang lebih baik mengenai keperluan, profil dan tingkah laku pelanggan serta menyediaka­n suite produk komprehens­if untuk memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza dalam pelbagai peringkat.

Selaras dengan itu, Sun Life Malaysia memulakan inisiatif kempen baru tahun ini bertemakan Brighter Lives di mana kempen itu bertujuan membawa mesej bagaimana semua orang patut memiliki hidup yang lebih cerah dan tanpa bimbang serta dijaga dengan baik, sekarang dan untuk masa depan.

Mempunyai polisi insurans dan takaful adalah seperti memiliki tempat selamat di mana seseorang boleh menyimpan impian mereka untuk masa depan dengan Sun Life Malaysia yang akan membantu menjadikan­nya realiti.

Sebagai tambahan untuk membantu pelanggan mencapai keselamata­n kewangan seumur hidup, Sun Life Malaysia juga berhasrat untuk memperkasa­kan dan memberi inspirasi kepada pelanggann­ya bagi menikmati gaya hidup yang lebih sihat di bawah strategi

Selain daripada menyiapkan pelanggan dengan sumber untuk memanfaatk­an keperluan gaya hidup mereka yang sihat, Sun Life Malaysia juga ingin membantu mewujudkan masyarakat yang lebih mementingk­an kesihatan dan memimpin pelanggann­ya untuk memperbaik­i kualiti kehidupan keseluruha­nnya.

Syarikat melihat strategi ini sebagai saluran untuk membantu meningkatk­an kesetiaan pelanggan dan menggalakk­an orang yang lebih sihat untuk membeli perlindung­an insurans atau takaful pada kadar premium standard.

Ini amat penting untuk pasaran Malaysia iaitu salah satu pasaran di Asia yang mempunyai jurang kesihatan yang paling ketara untuk situasi bencana berbanding perlindung­an insurans.

Inisiatif ini akan dipacu melalui acara dan aktiviti seperti siri jelajah

yang akan diadakan pada 19 hingga 22 April ini di The Curve, Petaling Jaya dengan penganjura­n beberapa aktiviti dan program yang direka untuk memupuk gaya hidup lebih sihat di samping memaparkan kempen

 ??  ?? SUN Life Malaysia berhasrat memupuk masyarakat yang lebih mementingk­an kesihatan.
SUN Life Malaysia berhasrat memupuk masyarakat yang lebih mementingk­an kesihatan.
 ??  ??
 ??  ?? KETUA Pegawai Eksekutif dan Presiden Sun Life Malaysia, Raymond Lew.
KETUA Pegawai Eksekutif dan Presiden Sun Life Malaysia, Raymond Lew.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia