Harian Metro

SAMSENG TEMBAK IMAM

- Agensi

 Diserang selepas tegur kumpulan lelaki pandu BMW

Imam Masjid al Madani, Luton, di sini, cedera di tangan akibat ditembak tiga lelaki selepas menegur mereka membunyika­n enjin kereta terlalu kuat ketika dia dalam perjalanan pulang selepas solat hujung minggu lalu.

Imam itu yang enggan dikenali berkata, kereta hitam jenis BMW berhenti berhampira­n kawasan berkenaan dan dia menyangka pemandu itu mahu memberi laluan kepadanya.

“Pemandu menghidupk­an enjin dan menekan pedal minyak. Saya berhenti di hadapan kereta sambil bertanya apa yang kamu lakukan.

“Dia kelihatan geram dan ketika itu penumpang di belakang mengeluark­an senjata (dipercayai senapang patah) dan mengacukan kepada saya,” katanya.

Laporan Daily Mail menyatakan, menurut imam itu, mereka melepaskan dua das tembakan ke arahnya namun tersasar sebelum tembakan ketiga mengenai lengannya.

“Kereta terbabit kemudian memecut, membelok masuk ke Portland Road dan melarikan diri. Saya cuba mengejarny­a dan sempat melempar bata menyebabka­n cermin kereta itu pecah,” katanya.

Susulan kejadian itu, dua lelaki berusia 30 dan 32 tahun ditahan di Blundell Road, Luton, kelamrin, kerana disyaki cuba bunuh.

Sementara itu, mangsa berkata, dia mendapat tahu ada mangsa kedua cedera parah dan berada di unit rawatan rapi, dipercayai di- serang lelaki bersenjata.

Katanya, dia terdengar lima das tembakan selepas itu yang mungkin disasarkan mangsa berkenaan.

“Siapa yang menembak orang sesuka hati seperti ini? Saya bukan orang disasarkan mereka, tetapi hanya tembakan rambang. Ini kegilaan,” katanya.

Imam itu dibenarkan keluar hospital beberapa jam selepas kejadian namun 11 pelet peluru masih tertanam dalam lengannya. (RM193,000) berbanding jangkaan awal AS$7,700 (RM29,800). - AFP

 ??  ?? BEBERAPA anggota polis memeriksa lokasi imam ditembak seorang lelaki di Portland Road, Luton. - Agensi
BEBERAPA anggota polis memeriksa lokasi imam ditembak seorang lelaki di Portland Road, Luton. - Agensi
 ?? Gary Singer ?? Orang ramai seperti hilang akal. Ia seolah kegilaan terhadap Crowe” BAJU besi yang dipakai Crowe dalam filem Gladiator turut dilelong. - Agensi
Gary Singer Orang ramai seperti hilang akal. Ia seolah kegilaan terhadap Crowe” BAJU besi yang dipakai Crowe dalam filem Gladiator turut dilelong. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia