Harian Metro

Sengaja cari padah

- Daily Mail

 Lelaki mabuk putus tangan terjun kolam buaya

Seorang lelaki putus tangan dan hampir kehilangan nyawa selepas dia menceroboh sebelum terjun ke dalam sebuah kolam yang penuh dengan buaya di sebuah resort di Zimbabwe.

Collin Miller, 21, dilaporkan menceroboh kolam buaya berkenaan yang terletak di sebuah resort di Victoria Falls baru-baru ini.

Saksi memberitah­u, Miller menetap di resort itu untuk menghadiri satu majlis perkahwina­n baru-baru ini sebelum minum arak di bar yang terletak di premis berkenaan.

Miller bersama beberapa rakannya yang dilaporkan mabuk kemudian masuk ke dalam dapur dan keluar dari tingkap untuk masuk ke dalam satu kawasan yang menempatka­n kolam buaya.

Apabila sampai ke kolam berkenaan, Miller terus membuka baju dan terjun ke dalam kolam berkenaan.

Kata saksi, beberapa buaya terus menyerang Miller dengan seekor menggigit tangan kanan lelaki itu hingga putus manakala seekor lagi menggigit kepalanya.

Bagaimanap­un, Miller bernasib baik apabila buaya itu melepaskan gigitan di kepalanya dan berebut untuk mendapatka­n tangan lelaki itu yang dilarikan seekor lagi buaya.

Beberapa rakan Miller yang melihat kejadian itu segera menyelamat­kan lelaki itu dan membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut.

Jurucakap hospital memberitah­u, keadaan Miller dilaporkan stabil tetapi tangan lelaki itu tidak dapat diselamatk­an kerana dibaham buaya.

 ??  ?? KOLAM buaya yang terletak di belakang resort di Victoria Falls, Zimbabwe. - Agensi
KOLAM buaya yang terletak di belakang resort di Victoria Falls, Zimbabwe. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia