Harian Metro

PELUANG TAKLUK MASTERS

- AFP

Rickie Fowler yang menempuh detik paling mendebarka­n apabila hampir memenangi kejuaraan major tetapi gagal akibat persembaha­n longlai di pusingan akhir, sekali lagi beroleh peluang untuk menakluk kejohanan besar kali ini di Masters.

Pemain Amerika Syarikat itu yang masih tercari-cari kejuaraan major pertama, melakukan catatan tanpa bogey buat kali pertama di Augusta National yang juga catatan terendah sepanjang kariernya di Masters - 7 bawah par 65 bagi membolehka­nnya berkongsi kedudukan ketiga dengan keseluruha­n 9 bawah par 207 selepas 54 lubang.

“Ia sudah tentu pusingan yang istimewa,” kata Fowler.

“Kami melakukan apa yang diperlukan dan esok adalah peluang terbaik untuk melakukan sesuatu yang bagus,” katanya.

Pemain berusia 29 tahun itu berkeduduk­an ketiga selepas tiga pusingan tahun lalu, mengetuai Masters buat kali pertama selepas 36 lubang untuk melakukan 71 pukulan.

Fowler kemudian menamatkan saingan dengan 76 pukulan dan berkongsi kedudukan ke-11.

“Tahun lalu saya terlalu bertahan dan kadangkala terlalu agresif dan anda belajar daripadany­a dan

Fowler sekadar menamatkan saingan di kelompok lima

terus bermain.” terbaik kejuaraan major sepanjang tujuh pertanding­an yang disertainy­a setakat ini.

Pada 2014, dia menjadi pemain pertama menamatkan kedudukan di lima kelompok teratas di semua empat kejuaraan major tetapi ma-

 Fowler buat catatan tanpa bogey di Augusta National

sih lagi gagal mendaki podium utama.

Kedudukan terbaiknya setakat ini ialah naib juara Terbuka Amerika Syarikat dan Terbuka British.

 ?? Rickie Fowler ?? Ia sudah tentu pusingan yang istimewa. Kami melakukan apa yang diperlukan dan esok adalah peluang terbaik untuk melakukan sesuatu yang bagus”
Rickie Fowler Ia sudah tentu pusingan yang istimewa. Kami melakukan apa yang diperlukan dan esok adalah peluang terbaik untuk melakukan sesuatu yang bagus”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia