Harian Metro

Raih juara awal

-

 Bayern meraikan kejayaan, walaupun berbaki enam perlawanan

Bayern Munich meraih gelaran juara Bundesliga buat kali keenam walaupun masih berbaki enam perlawanan selepas merakam kemenangan 4-1 ke atas Augsburg, awal pagi semalam.

Pada aksi itu, pesta kejayaan Bayern dilihat sedikit terganggu dan mungkin terpaksa ditangguhk­an apabila pemain pertahanan, Niklas Suele menjaringk­an gol sendiri pada awal perlawanan.

Bagaimanap­un, Corentin Tolisso dan James Rodriguez kembali meletakkan pasukannya di depan sebelum tamat perlawanan babak pertama dan Arjen Robben serta Sandro Wagner mengesahka­n kemenangan mutlak Bayern pada babak kedua.

Bayern yang meraih 72 mata daripada 29 perlawanan, meninggalk­an pesaing terdekat, Schalke 04 dengan kelebihan 20 mata selepas pencabar utama itu tumbang 2-3 kepada pasukan bawahan, Hamburg SV.

Pencapaian itu dianggap mercu tanda kejayaan terbesar buat jurulatih berusia 72 tahun, Jupp Heynckes yang keluar daripada persaraan pada Oktober lalu untuk menggantik­an Carlo Ancelotti yang bergelut untuk memburu kemenangan.

Heynckes mengemudi pasukannya meraih 19 kemenangan dalam 22 aksi Bundesliga - mengikut acuannya tersendiri dan berjaya menjulang trofi keempat sebagai jurulatih, semuanya bersama Bayern.

“Saya juga mahu mengucapka­n tahniah dan penghargaa­n kepada Carlo Ancelotti di Itali,” kata Heynckes. “Gelaran ini juga untuk beliau. Beliau juga seorang jurulatih menakjubka­n.

Dalam pertembung­an pagi semalam, Augsburg mendominas­i aksi di babak pertama dan mendahului seawal minit ke-18 menerusi gol sendiri pemain Bayern.

Pertahanan, Jerome Boateng yang langsung tidak ditekan - hilang kawalan bola dan membolehka­n Sergio Cordova mengambil kesempatan melakukan percubaan dengan hanya berdepan dengan Sven Ulreich.

Bagaimanap­un, rembatan Cordova dihalang penjaga gol Bayern tetapi melantun ke arah Suele dan masuk ke gawang sendiri.

Bayern yang meraih 28 gelaran di Jerman, berjaya bangkit pada minit ke-32 hasil jaringan Tolisso dan Rodriguez (minit ke-38).

Rodriguez sekali lagi mengumpan cantik kepada Robben untuk gol ketiga pada minit ke-60 dan ketika perlawanan berbaki empat minit, Sandro Wagner berjaya mencetak nama selaku penjaring untuk gol keempat.

 ??  ?? PEMAIN Bayern Munich (kanan), Juan Bernat bersama rakan sepasukan meraikan kejayaan mereka dengan membawa replika trofi Bundesliga, semalam.
PEMAIN Bayern Munich (kanan), Juan Bernat bersama rakan sepasukan meraikan kejayaan mereka dengan membawa replika trofi Bundesliga, semalam.
 ??  ?? WAGNER meraikan kejayaan menjaringk­an gol keempat.
WAGNER meraikan kejayaan menjaringk­an gol keempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia