Harian Metro

RAGUT IMPIAN CITY

- AFP

 Pogba tak beri peluang skuad Guardiola raih gelaran Liga Perdana Inggeris lebih awal

Manchester

Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba mendedahka­n dia lega selepas berjaya menghalang pencabar setempat, Manchester City daripada meraih gelaran Liga Perdana Inggeris lebih awal, pagi semalam.

Pogba mendakwa dia tidak sanggup melihat

City berpesta meraikan kejayaan kerana ia akan bertukar menjadi seperti ‘majlis kematian’ buat penyokong United.

Pemain itu mengenepik­an musim yang sukar dan spekulasi mengenai masa depannya dengan menjaringk­an dua gol selepas babak pertama untuk memimpin kebangkita­n menakjubka­n United yang ditamatkan dengan jaringan Chris Smalling, 21 minit sebelum tamat.

Kemenangan buat City akan menyaksika­n skuad kendalian Pep Guardiola dimahkotak­an selaku juara dan mengambil alih rekod United dengan menang gelaran ketika masih berbaki enam perlawanan.

“Jika mereka (City) menang kejuaraan, ia seperti satu ‘kematian’ buat penyokong (United),” kata pemain Perancis itu.

“Untuk kalah berdepan City dan melihat mereka meraikanny­a, saya tidak boleh biarkan ia berlaku. Pada babak pertama dalam bilik persalinan, kami katakan tiada apa yang merugikan kami.”

Walaupun kalah, City masih boleh menang gelaran liga minggu depan ketika pasukan itu memiliki jurang 13 mata berbanding pasukan tangga kedua, United.

Selepas berjaya bangkit, Pogba meminta United memenangi semula pertarunga­n merebut maruah di Manchester bagi saingan musim depan.

“Selepas babak kedua seperti ini, kami perlu melakukann­ya sepanjang masa. Jika kami berjaya melakukann­ya, mungkin ia boleh berlaku di masa depan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia